Utusan Borneo (Sarawak)

PAR Johor telus melindungi insan yang tidak terbela

-

KLUANG: Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor sentiasa bertindak dengan cekap dan telus dalam membantu individu yang tidak terbela serta tidak pernah mengambil ringan terhadap sebarang aduan yang diterima.

Pengerusi PAR Johor S. Rajasegram berkata pihaknya sentiasa berusaha sebaiknya untuk menjadi sebuah pusat pertubuhan pengurusan aduan awam terbaik di Johor dalam memberikan perkhidmat­an kepada orang awam sejak mula beroperasi awal tahun ini.

“Setakat ini, kami telah menerima 54 aduan seluruh Johor dan 30 daripadany­a telah berjaya diselesaik­an.

“Antara jenis aduan yang paling banyak diterima ialah mengenai isu pemilikan tanah, siasatan dan kes polis, masalah kebajikan serta pendidikan,” kata beliau kepada Bernama pada temu bual khas di ibu pejabat PAR Johor, dekat sini, baru-baru ini.

Terbaharu, pihaknya menerima aduan mengenai seorang remaja perempuan bawah umur yang ingin membunuh diri kerana hamil dipercayai akibat dirogol sekumpulan anggota tentera di Kluang.

Rajasegram berkata, mangsa yang berusia 17 tahun itu telah dibawa kepada PAR oleh orang ramai yang menyaksika­n kejadian cubaan membunuh diri itu.

Susulan aduan yang dibuat, PAR Johor kemudianny­a membawa isu itu kepada pihak polis yang kemudianny­a menyaksika­n beberapa suspek yang dipercayai terlibat, ditangkap.

Beliau berkata, seramai 26 penyelaras ditempatka­n di 26 parlimen seluruh Johor yang memegang peranan sebagai jambatan untuk menghubung­kan pihaknya dengan masyarakat dalam memastikan segala aduan dapat disalurkan secara terus dan mudah.

PAR Johor juga mempunyai pegawai perisik bagi menyiasat segala aduan yang diterima bagi memastikan aduan tersebut berdasarka­n fakta dan tidak sewenang-wenangnya berpihak kepada pengadu sahaja, katanya. — Bernama PUTRAJAYA: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) mampu memainkan peranan lebih efisien dan bertindak sebagai pencetus perubahan dalam merangka lebih banyak program yang boleh membantu penjawat awam wanita dan suri supaya lebih bersedia mendepani gelombang Revolusi Perindustr­ian (IR) 4.0.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung PUSPANITA berkata, para penjawat awam wanita khususnya disaran bertindak proaktif untuk melengkapk­an diri dengan segala ilmu dan kemahiran yang relevan untuk IR 4.0.

“Antara aspek persediaan yang perlu diberi perhatian adalah meningkatk­an kemahiran kerana banyak pekerjaan bakal diambil alih oleh teknologi automasi dan mendapatka­n kemahiran supaya sumber manusia yang sedia ada kekal relevan dengan kemajuan kerjaya yang lebih terjamin,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung perwakilan PUSPANITA kali ke-36 di sini semalam.

Rosmah berkata, konsep penyampaia­n perkhidmat­an (awam) bakal berubah dan membawa takrifan baharu dengan skop yang diperluas melalui IR 4.0.

Tambah beliau, cabaran tersebut akan menjadi semakin kompleks untuk ditangani apabila kepesatan arus digitalisa­si turut mencetus ‘ megatrends’ atau trendtrend besar dalam pelbagai bidang seperti teknologi, ekonomi dan sosial.

“Megatrends bakal mengubah landskap, ciri dan fungsi perkhidmat­an awam pada era tersebut dan fenomena ini menuntut para penjawat awam untuk merangka strategi yang baharu mulai sekarang,” kata Rosmah.

Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Rohani Abdullah dalam ucapannya berkata, pada masa ini anggota Puspanita sudah mencecah 130,000 di seluruh negara.

Pada tahun lalu, PUSPANITA membelanja­kan sebanyak RM1.9 juta bagi tujuan kebajikan melalui pelbagai sumbangan dan ziarah kebajikan di mana PUSPANITA beramal sambil menerangka­n dasar- dasar kerajaan, katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaik­an Anugerah Khas PUSPANITA Peringkat Kebangsaan kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad yang juga penasihat Puspanita cawangan KKMM.

Empat penerima lain Anugerah Khas PUSPANITA Peringkat Kebangsaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tan Sri Norliza Rofli, bekas Setiausaha Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Mariam Kholidah Zulkifli, Pengarah Institut Kanser Negara Dr Asmayani Khalib dan Naib Yang Dipertua II PUSPANITA, Datin Seri Norizam Che Mohd Nor. Selain itu, KKMM turut menerima Anugerah Cawangan Berprestas­i PUSPANITA.

Penerima lain bagi anugerah yang sama ialah Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri dan PUSPANITA Negeri Sabah.

Selain itu, Rosmah turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM750,000 kepada Hospital Serdang untuk pembelian sebuah ambulans dan peralatan kelengkapa­n wad intervensi jantung.

Sementara itu, Pengerusi PUSPANITA cawangan KKMM Dr Yasmeen Yasim ketika diminta mengulas mengenai PUSPANITA cawangan KKMM sebagai penerima Anugerah Cawangan Berprestas­i berkata, anugerah berkenaan akan meningkatk­an motivasi PUSPANITA KKMM untuk terus aktif bekerjasam­a dengan PUSPANITA kebangsaan dan PUSPANITA cawangan lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Rosmah (tengah) beramah mesra bersama para perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA di Puspanitap­uri di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Rosmah (tengah) beramah mesra bersama para perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA di Puspanitap­uri di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia