Utusan Borneo (Sarawak)

Henry akui idam menjadi pengurus The Gunners

-

LONDON, England: Penjaring terbanyak Arsenal, Thierry Henry, berkata ia adalah satu “impian” untuk menguruska­n kelab di mana musim mereka semakin mengundang bahaya selepas kalah mudah kepada Manchester City di final Piala Liga Inggeris.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu tewas 0-3 di Wembley Ahad lepas dan ketika ini berada kurang 10 mata dari pasukan di tangga keempat Liga Perdana Inggeris, slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara dan kejuaraan Liga Europa kini satu-satu peluang yang ada untuk memenangi trofi musim ini.

Wenger mempunyai kontrak di Arsenal sehingga 2019 tetapi kegagalan untuk layak ke Liga Juara- Juara untuk musim kedua berturut-turut akan meningkatk­an lagi tekanan untuk beliau melepaskan jawatannya.

Ditanya semasa mengulas perlawanan sekiranya menggantik­an Wenger menarik perhatian beliau, pengulas penyiaran Sky Sports, yang juga salah seorang kakitangan kejurulati­han Belgium, berkata: “Saya masih mempunyai tugas bersama Belgium tetapi kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Ia adalah satu impian untuk saya tetapi saya masih bersama Belgium.

“Berminat? Ya, siapa tidak mahu? Tetapi saya tidak dapat bercakap kerana menghormat­i orang yang masih memegang tugas dan tugas saya sekarang ialah bersama Belgium. Tetapi siapa yang tidak berminat?”

Henry, yang dibawa ke Arsenal oleh Wenger pada 1999, percaya kekurangan konsistens­i adalah faktor masalah di kelab itu dengan Arsenal sudah tewas enam perlawanan dalam semua pertanding­an sejak pertukaran tahun.

“Bersama Arsene, apa yang sukar ialah apabila anda mempunyai rentak yang teruk,” kata Henry.

“Konsistens­i tidak sentiasa ada dan anda perlu konsisten. Anda juga kadang-kadang memerlukan beberapa perlawanan bagus di gelanggang lawan.

“Bagi penyokong, anda tidak dapat berasa bangga dengan kemenangan kerana minggu seterusnya, kelab mungkin tewas.

“Apa yang sukarnya ialah apabila anda mula hilang tenaga dan komitmen. Apabila anda tidak menang kejuaraan liga sejak sekian lama – 14 tahun berturut-turut – ia tidak membantu.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Neymar mengerang kesakitan selepas tergelinci­r ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Marseille di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.
— Gambar AFP CEDERA: Neymar mengerang kesakitan selepas tergelinci­r ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Marseille di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia