Utusan Borneo (Sarawak)

Alami kecederaan serius, diragui dapat diturunkan pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

PARIS, Perancis: Bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar, mengalami kecederaan terseliuh pergelanga­n kali dan juga rentak tulang tapak kaki apabila dikeluarka­n dari padang ketika menewaskan Marseille, menurut pengumuman pendahulu Ligue 1 Perancis itu Isnin lepas.

Penyerang antarabang­sa Brazil, yang berpindah ke PSG untuk yuran perpindaha­n rekod dunia dari Barcelona tahun lepas, kini diragui dapat diturunkan pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara di Parc des Princes pada 6 Mac depan.

PSG ketinggala­n 1-3 pada perlawanan pertama di

Pemeriksaa­n tambahan dilakukan hari ini telah mengesahka­n kecederaan di pergelanga­n kaki dan juga keretakan tulang tapak kaki. Kenyataan PSG

Sepanyol dan harapan mereka untuk memburu kejuaraan sulung Liga Juara-Juara semakin terjejas dengan pengesahan kecederaan Neymar, walaupun mereka tidak menjelaska­n berapa lama pemain berusia 26 tahun itu akan direhatkan.

“Pemeriksaa­n tambahan dilakukan hari ini telah mengesahka­n kecederaan di pergelanga­n kaki d a n j u g a k e r e - t a k a n tulang tapak kaki,” kata PSG dalam satu kenyataan ringkas.

Peluang Neymar kembali cergas untuk perlawanan menentang Real Madrid sekarang dilihat tipis.

Beliau sudah pasti tidak akan dapat beraksi pada perlawanan suku akhir Piala P e r a n c i s menentang Marseille Rabu ini dan juga p e r l a - wanan Ligue 1 di Troyes, sebelum menentang Real tiga hari kemudian. Kecederaan retak tulang tapak kaki biasanya mengambil masa beberapa minggu, atau bulan untuk sembuh sepenuhnya. Tahun lepas, rakan antarabang­sa Neymar, Gabriel Jesus, tidak beraksi selama dua bulan bersama Manchester City kerana kecederaan yang sama dan bergelut dengan kecederaan lain sejak dari itu. Bekas bintang Eng- land, David Beckham dan juga Wayne Rooney berehat enam minggu kerana kecederaan retak tulang tapak kaki dengan kedua-dua pemain juga beraksi terlalu awal untuk Piala Dunia 2002 dan 2006.

Penyokong Brazil juga pastinya gelisah dengan kecergasan Neymar terutama sekali kerana beliau tidak beraksi ketika Jerman membelasah Brazil di Piala Dunia 2014 kerana kecederaan.

PSG, yang memiliki kelebihan 14 mata di tangga teratas liga, juga berkata pemain pertahanan tengah, Marquinhos mengalami kecederaan otot kaki. W a l a u p u n

keced- eraan yang berpotensi memberi kelebihan untuk Real Madrid, jurulatih kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu, Zinedine Zidane, mendakwa beliau berharap Neymar akan sembuh untuk bermain menentang pasukannya.

“Saya tidak gembira dengan kecederaan Neymar dan berharap beliau sempat pulih untuk perlawanan ini. Saya tidak pernah mahu pemain lawan mengalami kecederaan,” kata Zidane.

PSG tidak pernah melangkah ke final Liga JuaraJuara, dan tewas di pusingan kedua musim lepas setelah dibelasah 1-6 oleh Barcelona pada perlawanan kedua walaupun menang 4-0 pada perlawanan pertama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia