Utusan Borneo (Sarawak)

Buffon dijangka kembali beraksi bersama The Azzurri

-

FLORENCE, Itali: Bintang legenda Itali, Gianluigi Buffon, dij a n g k a a k a n kembali ke aksi b o l a s e p a k a n t a r a - b a n g s a pada perlawanan persahabat­an menent a n g E n g - l a n d d a n A r - g e n - t i n a bulan hadap a n , menurut jur u l a t i h semen- tara Itali, Luigi Di Biagio Isnin lepas. “Saya bercakap kepada beliau dan be- liau mungkin akan menjadi sebahagian dari skuad pada bulan Mac, seorang pemain seperti beliau tidak dapat berhenti selepas (tewas pada perlawanan playoff Piala Dunia 2018) Sweden,” kata Di Biagio. Buffon mengumumka­n persaraann­ya dari bola sepak antarabang­sa selepas Itali tewas 0-1 secara agregat kepada Sweden di San Siro, November tahun lepas dan menyebabka­n Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958. Penjaga gol berusia 40 tahun itu, yang beraksi untuk kelab Juventus, mewakili Itali selama 20 tahun dan memenangi Piala Dunia 2006 serta beraksi 175 kali. Beliau memburu rekod penampilan keenam di Piala Dunia.

“Ia tidak adil di mana perlawanan terakhir beliau ialah menentang Sweden, jadi saya mencadangk­an beliau untuk kembali beraksi, mungkin untuk dua atau tiga perlawanan. Gigi (Buffon) m u n g k i n akan beraksi pada bulan Mac,” kata Di Biagio ketika merujuk perlawanan persahabat­an menentang A r g e n t i n a dan England, masing-masing di Manchester dan London pada 23 dan 27 Mac.

“Gianluigi gi Donnaruimm­a dan Alex Meret? Kami mempunyai penjaga gol yang bagus untuk 20 tahun akan datang. (Mattia) Perin juga beraksi cemerlang dan apabila Gigi akhirnya berhenti, kami mempunyai pengganti.

“Kami cukup bagus dalam posisi ini tetapi cerita Gigi tidak berakhir dengan perl a w a n a n menentang Sweden.”

Di Biagio berkata beliau juga ada berhubung dengan beberapa pemain lain dari generasi emas Itali yang m e m e - nangi Piala Dunia. “Saya bertemu b beberapa pemain vete veteran, kerana saya faham ada di antara mereka mahu bersara. Saya bercakap kepada Buffon untuk melihat jika beliau mahu terus bermain.

“Dan merujuk pemain lain, tanpa mengulas lanjut saya ada bercakap kepada beberapa pemain. (Andrea) Barzagli dan (Daniele) De Rossi tidak akan hadir. (Giorgio) Chiellini ya, kami mahu membina semula pasukan dengan keazaman.”

Di Biagio, jurulatih Bawah 21 Tahun England, diberi tugas mengendali skuad senior untuk perlawanan persahabat­an dan mengadakan kem latihan di Coverciano di luar Florence pada hari Isnin dan Selasa.

“Ia normal untuk memikirkan tentang apa yang harus saya lakukan dalam beberapa bulan akan datang. Saya akan membuat keputusan bila tiba masanya untuk memanggil pemain,” kata beliau sambil menambah beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu memanggil penyerang kelab Nice, Mario Balotelli atau tidak. — AFP

 ??  ?? BUFFON
BUFFON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia