Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali selepas membelasah Cagliari 5-0

-

MILAN, Itali: Napoli menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata di singgahsan­a Serie A Itali apabila membelasah Cagliari 5-0, sehari selepas perlawanan di antara juara bertahan, Juventus dan Atalanta ditangguhk­an kerana salji tebal.

Jose Callejon dan Dries Mertens meletakkan skuad kendalian Maurizio Sarri dua gol di hadapan pada masa rehat sebelum gol dari kapten pasukan, Marek Hamsik, tendangan penalti Lorenzo Insigne dan tendangan percuma Mario Rui memastikan kemenangan liga ke-10 berturut-turut Napoli.

Napoli memburu kejuaraan liga yang ketiga tetapi yang pertama sejak 1990 dengan fokus utama mereka sekarang kepada Serie A selepas tersingkir pada kejohanan Liga Europa dan Piala Itali.

“Ia satu keputusan penting,” kata Insigne. “Kami di hadapan tetapi semuanya bergantung kepada kami, kami harus sentiasa menang. Juventus tidak pernah mengalah tetapi kami telah menunjukka­n kami mempunyai karektor yang hebat.

“Kami bermain setiap perlawanan seperti ia di final. Kami berharap ia akan membuahkan hasil di akhir musim.”

Dan di Sardinia, mereka menguasai pasukan Cagliari yang hanya lima mata di atas zon penyingkir­an.

Napoli mengumpul 69 mata dari 26 mata, empat mata di hadapan Juventus dengan Lazio naik ke tangga ketiga selepas menewaskan Sassuolo 3-0 pada perlawanan hari Ahad.

“Saya berharap untuk mengutip 100 mata,” kata Sarri. “Tetapi bagi kami, ia tempat yang tidak biasa bagi kami, kami tidak tahu jika kami mampu mencapainy­a.

“Saya memberitah­u pemain di mana kami ada baki 12 perlawanan, kami harus menang 11 kali dan seri sekali,” tambah beliau dengan dua perlawanan seterusnya menentang AS Roma dan Inter Milan.

Cagliari memberikan penampilan kesebelasa­n utama kepada penyerang antarabang­sa Korea Utara, Han Kwang-Song, yang kembali ke Cagliari selepas tempoh pinjaman di Perugia.

Allan mengumpan bola kepada Callejon untuk gol pembukaan pada minit ke-29 dan tiga minit sebelum rehat, Mertens menyempurn­akan hantaran Elseid Hysaj untuk gol kedua.

Cagliari juga mempunyai peluang tetapi rembatan Leonardo Pavoletti tersasar sebelum satu cubaan Han ditepis penjaga gol Pepe Reina.

Selepas rehat, Napoli men- guasai sepenuh permainan dengan Hamsik menjaringk­an gol ketiga untuk gol keenam beliau musim ini.

Insigne menyempurn­akan satu tendangan penalti selepas bola terkena tangan Leandro Castan sebelum Rui melengkapk­an jaringan dari satu tendangan percuma untuk memberikan kekalahan ke-15 Cagliari musim ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL!: Mertens (tengah) menyaksika­n bola rembatanny­a menerjah jaring pada aksi di Stadium Sardinia, Cagliari Isnin lepas.
— Gambar AFP GOL!: Mertens (tengah) menyaksika­n bola rembatanny­a menerjah jaring pada aksi di Stadium Sardinia, Cagliari Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia