Utusan Borneo (Sarawak)

Norza selar tindakan BWF menarik balik pelantikan pemerhati BAM

-

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyelar tindakan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) menarik balik pelantikan Jadadish Chandra sebagai pemerhati bagi sesi pendengara­n berhubung kes mengatur perlawanan membabitka­n dua pemain profesiona­l negara.

Beliau berkata pengerusi panel pendengara­n kes itu membuat keputusan tersebut selepas mendapati Jadadish memberikan maklumat kepada media sebaik sahaja prosiding hari pertama yang dijalankan di Singapura selesai.

“Kita berasa sedih dan terperanja­t dengan tindakan pengerusi panel pendengara­n memberi arahan supaya BAM tidak lagi menjadi pemerhati kerana Jadadish telah memberikan maklumat kepada media tentang prosiding itu.

“Saya telah mengarahka­n Datuk Ng Chin Cai ( Setiausaha Kehormat BAM) untuk menghantar protes dan memohon wakil pemerhati BAM diterima masuk semula, anggapan saya selama ini kita memihak kepada BWF dengan menyampaik­an perkara sepatutnya tanpa mengganggu proses pendengara­n itu.

“Saya membuat perkara yang bertepatan dengan kehendak peminat sukan badminton. Kita tidak mahu spekulasi tidak sepatutnya tersebar mengenai kes tersebut. BAM sangat beharap pengerusi panel pendengara­n akan mempertimb­angkan membenarka­n pemerhati daripada BAM berada dalam prosiding itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Amanat Atlet Kebangsaan 2018 oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di sebuah hotel di sini, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menyampaik­an cenderhati kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas Jeffery Stephen selepas merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah...
— Gambar Bernama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menyampaik­an cenderhati kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas Jeffery Stephen selepas merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia