Utusan Borneo (Sarawak)

Gesa atlet kebangsaan memainkan peranan sebagai ikon masyarakat

-

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu atlet kebangsaan memainkan peranan sebagai ikon masyarakat dalam meneruskan agenda nasional menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

Khairy berkata sukan adalah elemen penting dalam menjadi sebuah negara maju yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan pesat membangun.

“Saya berasa sangat bertuah dapat menjadi Menteri Belia dan Sukan pada saat kegemilang­an sukan negara. Ini barangkali amanat terakhir saya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

“Saya berharap amanat ini dapat sedikit-sebanyak menentukan hala tuju sukan negara kita pada masa akan datang kepada sesiapa sahaja yang akan mengemudi kementeria­n ini. Sepanjang lima tahun kebelakang­an ini anda semua (atlet) telah menggembir­akan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 400 atlet yang hadir pada majlis Amanat 2018 yang diadakan di sini semalam.

Selain pencapaian cemerlang atlet negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Khairy turut berbangga dengan pencapaian di peringkat dunia menerusi atlet berbasikal Azizulhasn­i Awang, Cheong Jun Hoong ( terjun), atlet paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly, pasukan wushu serta pasukan tenpin boling negara

Saya berasa sangat bertuah dapat menjadi Menteri Belia dan Sukan pada saat kegemilang­an sukan negara. Ini barangkali amanat terakhir saya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

yang meraih kejuaraan dunia dalam sukan masing-masing tahun lepas.

“Setelah lima tahun di KBS, saya hanya ada dua perkataan untuk anda ( atlet) semua iaitu terima kasih. Anda telah mengharumk­an nama negara dengan siri kemenangan yang dicapai tetapi lebih penting anda semua membuktika­n kemampuan melakar kejayaan di peringkat dunia.

“Anda telah berjuang diperingka­t tertinggi, kini sudah tiba masanya atlet memikul peranan yang lebih penting iaitu menjadi ikon kepada masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan. Saya mahu semangat itu sampai kepada rakyat Malaysia keseluruha­nnya,” katanya.

Khairy turut mengingatk­an atlet supaya meneruskan kecemerlan­gan sukan serta mengekalka­n mentaliti menang.

Bercakap kepada pemberita mengenai harapannya untuk meneruskan portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy berkata perkara itu hanya ditentukan selepas pilihan raya umum ke-14.

“Sukan sangat dekat dengan hati saya kalau boleh saya mahu membawa sukan ini ke mana sahaja saya pergi, tapi kita perlu harungi pilihan raya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Khairy (tengah) bersama para atlet melaungkan kata-kata semangat ‘Malaysia Boleh!’ selepas Perhimpuna­n Atlet Negara 2018 di Kuala Lumpur semalam. Turut serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail (lima kanan)
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Khairy (tengah) bersama para atlet melaungkan kata-kata semangat ‘Malaysia Boleh!’ selepas Perhimpuna­n Atlet Negara 2018 di Kuala Lumpur semalam. Turut serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail (lima kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia