Utusan Borneo (Sarawak)

Ragbi 7’s kebangsaan dijadikan kejohanan bersiri cari bakat

-

KUALA LUMPUR: Dalamusaha­meneruskan pembanguna­n sukan ragbi dan mencari bakatbakat baharu, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memperkena­lkan format baharu Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan pada tahun ini.

Pengarah Pertanding­an KRM Fahmy Jalil berkata format baharu yang menyaksika­n buat julung kalinya dalam 30 tahun sejarah kejohanan itu, ia diadakan sebanyak tiga siri bagi kategori terbuka lelaki (kelompok utama) untuk mewujudkan lebih banyak perlawanan bagi pasukan yang bertanding.

Tiga siri kejohanan itu yang bakal berlangsun­g di Melaka, Johor dan Perak itu, turut menjadi platform bagi KRM mengenal pasti pemainpema­in baharu untuk mewakili negara dalam Sukan Asia Jakarta Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept dan Sukan SEA 2019 di Filipina.

“Kita ada 18 ahli gabungan... sebelum ini mereka perlu tunggu setahun sekali untuk kejohanan tujuh sebelah tetapi pada tahun ini mereka akan bermain dalam tiga siri kejohanan ini. Panel pemilihan skuad kebangsaan akan menilai pemain-pemain yang berbakat untuk dipilih ke skuad kebangsaan.

“Selama ini bagi kategori bawah umur, kita adakan kategori Bawah (B) – 19 tahun, tetapi kali ini kita naikkan kepada B-21 tahun untuk memberikan pasukanpas­ukan ini membuat persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma) Perak September ini,” katanya pada sidang media kejohanan itu di Wisma OCM di sini.

Menurut Fahmy, kejohanan yang menawar- kan hadiah keseluruha­n hampir RM70,000 itu juga menjadi medan penting bagi KRM untuk membangunk­an kualiti pengadil dan pegawai perubatan bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang.

Mengikut format baharu itu, sebanyak lapan pasukan bagi kategori terbuka lelaki iaitu kesemua pasukan yang layak ke suku akhir edisi lalu akan bersaing dalam tiga siri kejohanan itu, dengan johan bagi setiap siri akan menerima hadiah wang tunai RM2,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia