Utusan Borneo (Sarawak)

Giliran Diaz tinggalkan JDT

-

JOHOR BAHRU: Selepas ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim ( JDT), Ulisses Morais mengumumka­n meletak jawatan atas faktor kesihatan keluarga, penyerang pasukan itu Jorge Pereyra Diaz pula dikhabarka­n meninggalk­an pasukan.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata pemain dari Argentina itu telah meninggalk­an hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum JDT berlepas ke Vietnam untuk perlawanan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami ingin memaklumka­n kepada penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalk­an hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

“Ejen beliau telah menghubung­i kami dan memberitah­u tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalk­an kelab,” katanya menerusi entri terbaharu laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Alistair berkata JDT memutuskan untuk menghormat­i keputusan pemain tersebut.

Katanya JDT akan mencari pemain import baharu bagi menggantik­an Diaz apabila jendela perpindaha­n dibuka Jun depan.

Diaz kembali menyarung jersi JDT musim ini selepas meninggalk­an kelab itu sebaik Liga Super Malaysia 2016 berakhir.

JDT akan bertemu kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC pada aksi Kumpulan H saingan Piala AFC yang dijadualka­n jam 3.30 petang (waktu tempatan) di Stadium Vinh, Vietnam hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia