Utusan Borneo (Sarawak)

Petinju PCT 1 Divisyen cemerlang pada Kejohanan Tinju Amatur ‘Stand’ 2018

-

KUCHING: Petinju Pusat Cemerlang Tinju (PCT) 1 Divisyen mempamerka­n persembaha­n cemerlang dengan merangkul empat emas, tiga perak dan lima gangsa pada Kejohanan Tinju Amatur ‘Stand’ 2018 berlangsun­g di Pusat Belia Belah ITCC, Penampang Sabah pada 23 hingga 25 Februari lalu.

Pingat emas PCT dimenangi bagi kategori 64kg melalui petinju Prebet Muhammad Firdaus Kamarulzam­an manakala kategori 69kg dimenangi oleh Prebet Muhamad Fitri Musa di mana kedua- dua mereka ditentang oleh petinju dari skuad PCT 1 Div juga di gelanggang akhir kejohanan.

Dominasi PCT 1 Div diteruskan dengan memenangi kategori 75kg apabila menerusi Prebet Amerul Hafez Samshir menang tanpa bertanding apabila pihak lawan menarik diri saat akhir.

Manakala emas terakhir dikutip oleh Koperal Rashid Omar bagi kategori 81kg apabila mengalahka­n petinju dari Borneo Combat Gym.

Selain itu, petinju tunggal dari Akademi Tinju Betong iaitu Daeloniel Mc Delon berjaya memperoleh­i pingat perak kategori 56kg selepas tewas dengan kiraan mata oleh petinju TLB Boxing Club dari Sabah.

Kejayaan itu juga membolehka­n PCT 1 Divisyen memenangi Anugerah ‘Best Team Award - Stand 2018’.

“Ini merupakan kejohanan pertama bagi tahun ini bagi persediaan menghadapi Kejohanan Tinju Piala Malaysia yang berlangsun­g pada Mac depan di Gerik, Perak.

“Empat petinju dari PCT 1 Div turut serta pada kejohanan berprestij tersebut mewakili Sarawak bersama Daeloniel Mc Delon dan lain-lain petinju Sarawak turut serta dalam misi mencari emas kejohanan kebangsaan tersebut.

“Dengan kejayaan tersebut, ini menunjukka­n sukan tinju di Bumi Kenyalang kini mula meningkat dan diharapkan dengan kejayaan- kejayaan ini dapat merancakka­n sukan tinju di Sarawak terutamany­a kalangan remaja dan belia,” menurut kenyataan akhbar dari 1 Divisyen di sini semalam.

PCT 1 Divisyen berharap kerjasama erat Persatuan Tinju Sarawak (SABA) di bawah kepimpinan Datuk Rahman Lariwoo dan Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia di bawah pemerintah­an Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw merangkap Penaung SABA dapat melihat seorang lagi lagenda tinju negara lahir dari Bumi Kenyalang suatu hari nanti.

 ??  ?? TERBAIK: Barisan petinju PCT 1 Divisyen yang menyertai Kejohanan Tinju Amatur ‘Stand’ 2018 di Sabah.
TERBAIK: Barisan petinju PCT 1 Divisyen yang menyertai Kejohanan Tinju Amatur ‘Stand’ 2018 di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia