Utusan Borneo (Sarawak)

Hargai keamanan yang ada, jangan ambil mudah

- Oleh Remar Nordin

HARGAI keamanan yang ada dan jangan ambil mudah pada perjuangan untuk mendapatka­nnya.

Itulah nasihat Jamilah Abu Bakar, saksi kepada kekejaman komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong, 68 tahun dahulu.

Warga emas berusia 73 tahun itu merupakan anak sulung Konstabel Abu Bakar Daud, seorang daripada mangsa tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang terselamat dalam serangan hendap yang dilakukan oleh pengganas komunis ketika itu.

Menurut Jamilah, golongan muda pada hari ini telah lupa akan jerih payah mendapatka­n kemerdekaa­n dan perjuangan yang dilakukan dalam mencapai hasrat tersebut.

“Orang zaman sekarang dah tak ingat semua tu. Mereka tak ingat sebab mereka tidak merasa, tidak melihat sendiri kejadian itu. Makcik cuma dapat berharap dan berdoa supaya jangan berulang kembali kejadian seperti itu pada anakanak zaman sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamanny­a di Bandar Baru Uda, di Johor Bahru, kelmarin.

Warga emas itu berkata kejadian berkenaan merupakan peristiwa hitam yang masih menghantui dirinya sehingga hari ini kerana melihat sendiri kekejaman komunis membunuh ibunya, Fatimah Yaaba dan adik bongsunya, Hussin Abu Bakar yang ketika itu berusia dua tahun.

“Siapa boleh lupa, kalau nampak mak kita sendiri kena tembak depan mata, kalau nampak adik kita kena tembak depan mata? Bila makcik

ingat,

makcik rasa sedih sangat sebab makcik hilang orang yang makcik sayang, makcik hilang mak waktu kecil, terpaksa menumpang kasih dengan orang,” katanya sambil mengesat air mata.

Katanya dalam kejadian serangan hendap yang berlaku pada jam 5 pagi itu menyebabka­n ayahnya cedera di bahagian dada dan tangan kiri akibat terkena tembakan peluru.

“Bila ayah jatuh rebah, mak bangkit dan angkat senapang untuk lawan balik tetapi mak terkena tembakan dari arah belakang.

“Yang paling menyakitka­n ialah jenazah mak dan adik makcik dibakar oleh komunis, jadi masa pengebumia­n tu kita hanya dapat tanam abu,” katanya.

Katanya kejadian berkenaan berlaku selepas seminggu mereka sekeluarga berpindah dari Ipoh, Perak, mengikut ayahnya yang ditugaskan ke Bukit Kepong.

“Saya ada seorang lagi adik, Hassan Abu Bakar yang merupakan kembar kepada Allahyarha­m Hussin. Ketika berpindah tu, Hassan tinggal di Ipoh jadi dia terselamat.

“Kami hanya bertemu semula selepas 44 tahun dalam program Jejak Kasih yang disiarkan di televisyen ketika itu, kalau tidak ada program tersebut memang sampai sekarang agaknya tak jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata masyarakat pada hari ini seharusnya menjadikan pengalaman yang diceritaka­n oleh mangsamang­sa peristiwa hitam ini sebagai pengajaran dan menghargai keamanan yang telah dicapai oleh negara.

“Bila kita dengar cerita makcik Jamilah tu pun kita sedih, jadi kita di kerajaan negeri cuma boleh berharap rakyat negeri Johor dan Malaysia secara keseluruha­nnya menghargai perjuangan dan jasa yang telah diberikan oleh pejuangpej­uang negara terdahulu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memastikan nasib waris-waris pejuang berada terbela sebagai menghargai jasa dan pengorbana­n yang mereka telah berikan.

“Kita tahu bantuan yang diberikan mungkin nilainya kecil jika dibandingk­an dengan apa yang mereka telah korbankan kepada negara, tetapi kita akan memastikan bantuan yang diberikan bukan sekadar bantuan ‘oneoff’ atau bantuan pada majlis memperinga­ti tetapi bantuan yang berterusan,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa menghadiri majlis tahlil ringkas memperinga­ti mangsa-mangsa Bukit Kepong yang diketuai oleh Penolong Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor Muhammad Sharifuddi­n Salleh di kediaman Jamilah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SENTIASA DIKENANG: Ayub (lima kiri) ketika menghadiri Majlis Tahlil Ringkas di rumah Jamilah (belakang tengah) di Bandar Baru Uda, Johor Baharu kelmarin.
— Gambar Bernama SENTIASA DIKENANG: Ayub (lima kiri) ketika menghadiri Majlis Tahlil Ringkas di rumah Jamilah (belakang tengah) di Bandar Baru Uda, Johor Baharu kelmarin.
 ?? Bernama — Gambar ?? IKHLAS: Ayub menyerahka­n cenderahat­i kepada Jamilah sambil dibantu oleh anaknya Raja Zamzura Raja Buntat, 38, ketika menghadiri Majlis Tahlil Ringkas di Bandar Baru Uda semalam.
Bernama — Gambar IKHLAS: Ayub menyerahka­n cenderahat­i kepada Jamilah sambil dibantu oleh anaknya Raja Zamzura Raja Buntat, 38, ketika menghadiri Majlis Tahlil Ringkas di Bandar Baru Uda semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia