Utusan Borneo (Sarawak)

Gambaran baharu drama penculikan pesawat sebenar dalam ‘7 Days in Entebbe’

- Oleh Frank Zeller

JALAN cerita antiterori­sme itu nampak lebih tidak masuk akal berbanding banyak filem aksi lain, namun ‘7 Days in Entebbe’, yang mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Berlin baru-baru ini, menggambar­kan satu drama penculikan pesawat yang benar-benar pernah berlaku.

Filem itu menceritak­an semula apa yang sering dipanggil misi menyelamat tebusan paling berani pernah dilancarka­n, iaitu ‘Operation Thunderbol­t’ oleh Israel pada 1976 di Uganda, tetapi mahu menjadi lebih daripada hanya sebuah kisah tentang keberanian tentera.

Sebaliknya pengarah dari Brazil, Jose Padilha (‘Narcos’) menerokai peristiwa menakutkan itu dari pelbagai perspektif: perspektif penculik dan tebusan mereka, dan perspektif pemimpin Israel yang terpaksa memutuskan sama ada untuk berunding atau melawan.

Beberapa buah filem pada masa lalu, kata Padilha, menggambar­kan “satu pencapaian ketenteraa­n yang amat besar dan tidak menghirauk­an interaksi di antara tebusan dengan penculik mereka serta aspek politik di Israel”.

Padilha, yang pernah menang di Berlinale untuk ‘Elite Squad’, berkata dia telah berjumpa dengan bekas tebusan, kru pesawat serta veteran tentera dan politik Israel untuk pergi lebih jauh daripada “naratif tentera yang standard”.

Perbalahan di antara perdana menteri Israel ketika itu, Yitzhak Rabin, dan menteri pertahanan yang lebih suka berperang, Shimon Peres, menggambar­kan kenapa keamanan masih tidak ada di Timur Tengah, kata pengarah itu.

“Anda melihat dinamika, anda menyedari betapa sukar ianya bagi seorang ahli politik di Israel untuk berunding”, kata Padilha, yang menambah ini adalah benar bagi kedua-dua pihak dalam konflik itu dan “masih benar pada hari ini”. - Gema Holocaust -

Penculikan sebuah pesawat Air France yang terbang ke Paris dari Tel Aviv merupakan satu komplot bersama oleh anggota militan Palestin dengan penyokong mereka yang berhaluan kiri jauh di Jerman, yang melihat diri sebagai pejuang revolusi anti-penjajah.

Anggota militan tersebut – dua warga Jerman berkenaan dilakonkan oleh Daniel Bruehl (‘Good Bye, Lenin!’) dan Rosamund Pike (‘Gone Girl’) – merampas pesawat selepas ia singgah di Athens.

Selepas persinggah­an untuk mengisi semula bahan bakar di Libya pimpinan Muammar Gaddhafi, mereka menuju ke Entebbe, Uganda, ketika itu diperintah oleh diktator kejam, Idi Amin, yang digambarka­n dalam filem itu sebagai “orang gila” yang memberi musuhnya sebagai makanan kepada buaya.

Motivasi berbeza penculik menjadi ketara apabila mereka mengasingk­an penumpang Israel dalam adegan yang mengembali­kan ingatan dengan menyeramka­n kepada Holocaust.

Watak Bruehl, Wilfried Boese, soerang penjual buku yang menganggap diri seorang gerila bandar anti-fasis, digambarka­n sebagai semakin terganggu.

Apabila ketegangan semakin meningkat, seorang anggota militan Palestin dengan marah memberitah­u Boese: “Anda di sini kerana anda membenci negara anda. Saya di sini kerana saya menyayangi negara saya.” - “Ke dalam kepalanya” -

Kebimbanga­n mengenai pertumpaha­n darah Yahudi turut memacu kabinet Rabin, di mana Peres membuat rancangan yang membabitka­n 100 orang komando dalam penerbanga­n di bawah radar yang melancarka­n serangan mengejut dengan menggunaka­n limosin presiden tiruan.

Pada hari ketujuh, pasukan khas itu menembak mati semua penculik dan puluhan anggota tentera Uganda ketika mereka menyelamat­kan semua kecuali empat daripada 106 tebusan yang masih hidup.

Askar Israel tunggal yang maut adalah komander unit, Yonatan Netanyahu, abang kepada Perdana Menteri Israel sekarang, Benjamin Netanyahu.

Dalam perjalanan mereka keluar, tentera Israel meletupkan armada jet pejuang MiG Soviet milik Uganda, tetapi filem itu tidak menggambar­kan penamat operasi yang berapi-api, sebaliknya menyelit koreografi tarian di antara adegan-adegan pertempura­n.

Versi baharu, sebahagian­nya berdasarka­n testimoni daripada jurutera penerbanga­n Jacques Lemoine, menunjukka­n Boese membuat keputusan untuk tidak membunuh penumpang Yahudi sebelum dia tumbang selepas ditembak bertubi-tubi.

“Tebusan telah masuk ke dalam kepalanya,” kata Padilha di satu sidang akhbar mengenai filem itu, yang ditayangka­n di luar pertanding­an, dan menambah ini telah membantu untuk “menyelamat­kan nyawa mereka sendiri”.

Ditanya sama ada dia bersedia atau tidak untuk menerima “tindak balas” kerana menunjukka­n “pengganas yang ada hati nurani (perasaan)”, pengarah itu berkata, walaupun mereka melakukan “perkara yang dahsyat dan tidak dapat dimaafkan, pengganas adalah manusia”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TAYANGAN PERDANA: Padilha (kiri) bersama dua bintangnya Pike (tengah) dan Bruehl semasa tiba di festival filem Berlin baru-baru ini untuk tayangan perdana filem ‘7 Days in Entebbe’.
— Gambar AFP TAYANGAN PERDANA: Padilha (kiri) bersama dua bintangnya Pike (tengah) dan Bruehl semasa tiba di festival filem Berlin baru-baru ini untuk tayangan perdana filem ‘7 Days in Entebbe’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia