Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala maklumat mengenai kerosakan ‘teruk’ mulai muncul, kebanyakan­nya mangsa tanah runtuh

-

SYDNEY: Lebih 30 orang dipercayai maut selepas gempa bumi kuat melanda kawasan pergununga­n di Papua New Guinea (PNG), menurut satu laporan semalam ketika maklumat bagi kerosakan “teruk” mulai muncul.

Gegaran 7.5- magnitud berlaku 90 kilometer di selatan Porgera di wilayah Enga di negara Pasifik ini pada awal kelmarin, dengan dua gegaran susulan yang kuat menggoncan­g wilayah hutan tersebut.

Talian telefon kebanyakan­nya terputus, namun akhbar PNG Post Courier memetik pegawai tadbir wilayah Hela William Bando sebagai berkata “terdapat kemalangan jiwa”.

Ia melaporkan sekurangku­rangnya 13 terbunuh di bandar utama Mendi di Southern Highlands sementara 18 lagi dipercayai terkorban di kawasan berhampira­n Kutubu dan Bosave.

Kira-kira 300 tercedera, tambahnya, dan bangunan mengalami kerosakan, dengan laporan tentang tanah runtuh dan lubang besar pada tanah.

Laman sesawang Papua New Guinea Today, memetik paderi Katolik Pius Hal, menyatakan sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia, termasuk empat kanak-kanak, dalam kejadian tanah runtuh RABAT: Raja Mohammed VI dari Maghribi telah “berjaya” menjalani pembedahan jantung di sebuah klinik Paris kelmarin bagi masalah denyutan jantung yang tidak menentu, umum pasukan perubatan baginda.

Para doktor, dalam satu kenyataan, berkata raja beru- akibat gempa bumi. AFP tidak dapat mengesahka­n angka kematian tersebut.

Satu pasukan penilaian kerajaan dijangka akan pergi ke kawasan itu semalam bagi mendapatka­n idea yang lebih baik mengenai kesannya, dengan pihak tentera diarahkan membantu mengembali­kan perkhidmat­an dan infrastruk­tur, kata Ketua Setiausaha Isaac Lupari dalam satu kenyataan. sia 54 tahun itu telah merasai simptom pada 20 Januari.

“Radiofrequ­ency ablation of the arrhythmia,” atau denyutan yang luar biasa, telah berjaya mengembali­kan denyutan jantungnya menjadi normal.

Raja Mohammed, yang akan meneruskan aktiviti

“Transforma­si akan disediakan kerana ini dapat disediakan melalui pasukan penilaian di kawasan tersebut,” tambah beliau.

Gabenor Hela Philip Undialu, yang berada di ibu negara Port Moresby, memberitah­u akhbar The National terdapat kerosakan teruk.

“Skala kerosakan, daripada maklumat yang kami perolehi di kawasan tersebut, adalah agak besar,” kata beliau, biasanya selepas satu tempoh rehat diarahkan oleh doktornya, telah memerintah Maghribi sejak kematian ayahanda baginda Hassan pada Julai 1999.

Baginda juga pernah menjalani pembedahan mata di ibu negara Perancis pada September lepas. — AFP sambil menambah terdapat kira-kira 19 tanah runtuh di antara Mendi dan pekan Mount Hagen.

“Balai polis kami, mahkamah, hospital...malah rumah persendiri­an telah musnah atau termasuk ke dalam tanah.

“Ia akan menjadi satu tugas pemulihan yang sangat besar.”

Gegaran berlaku pada kedalaman 35 kilometer pada kira-kira jam 3.45 pagi waktu tempatan, menurut ahli seismologi AS, dengan gegaran susulan sekuat 6.0 dan 6.3 magnitud direkodkan.

Agnes Kep memberitah­u Post Courier beliau sedang nyenyak tidur di Mendi ketika gempa bumi berlaku.

“Kami boleh merasai rumah dan tanah bergegar, kami mahu berlari keluar dari rumah, namun ia su- dah terlambat,” kata beliau, bimbang bahawa sekiranya mereka keluar “tanah mungkin akan terbuka dan menelan kami”.

Bumbung rumah yang tercabut di mana beliau berasa telah roboh “namun kami tidak kisah, kami hanya berpegang antara satu sama lain dan menunggu sehingga gegaran itu berhenti”.

“Ketika kami keluar kami hampir- hampir tidak mengenali semua benda di sekeliling kami, tiada lagi yang sama bagi kami. Rumah atau pokok juga tiada di sana lagi,” tambahnya.

Wilayah itu merupakan kawasan pengeluara­n minyak dan gas. ExxonMobil PNG menyatakan bangunanny­a di Hides Gas Conditioni­ng Plant mengalami kerosakan namun semua kakitangan­nya “selamat dan masih hidup”, dengan kakitangan tidak tetap telah dibawa keluar.

Syarikat sumber Australia Oil Search kelmarin menyatakan operasinya di kawasan itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi penilaian kerosakan, serta tiada kecederaan dilaporkan di kalangan kakitangan­nya setakat ini.

Gempa bumi biasa berlaku di PNG, yang terletak di dalam apa yang dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik, satu kawasan panas bagi aktiviti seismik. — AFP

Raja Maghribi ‘berjaya’ jalani pembedahan jantung

 ?? — Gambar Reuters ?? TANAH RUNTUH: Gambar menunjukka­n tanah runtuh di sebatang jalan terletak di bandar Tabubil selepas gempa bumi melanda Papua New Guinea kelmarin.
— Gambar Reuters TANAH RUNTUH: Gambar menunjukka­n tanah runtuh di sebatang jalan terletak di bandar Tabubil selepas gempa bumi melanda Papua New Guinea kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? SEKAT: Batu besar menyekat terusan Corinth selepas kejadian tanah runtuh kelmarin.
— Gambar AFP SEKAT: Batu besar menyekat terusan Corinth selepas kejadian tanah runtuh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia