Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya mohon Park kena 30 tahun

-

TAIPEI: Penunjuk perasaan termasuk veteran kanan tentera telah menolak pagar ke bangunan parlimen Taiwan semalam dan bergelut dengan anggota polis ketika mereka cuba menyerbu masuk bagi membantah pemotongan pencen.

Seorang bekas kolonel berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas cuba memanjat dinding dan jatuh.

Tunjuk perasaan telah bermula dengan rancangan kerajaan bagi mengubah semula sistem pencen tentera, satu bahagian program pemotongan pencen yang lebih meluas yang mencetuska­n bantahan besar-besaran pada tahun lepas.

Pihak perundanga­n telah meluluskan satu rang undangunda­ng perubahan pencen pada Jun lepas, memotong pakej pencen bagi kakitangan awam ketika kerajaan memberi amaran ia tidak lagi membayar untuk urusan berkepenti­ngan tinggi.

Satu rang undang-undang berasingan menyasarka­n pencen tentera telah dijangka akan dibincangk­an ketika sesi parlimen sekarang.

Kemarahan terhadap pemotongan merupakan satu cabaran utama bagi Presiden Tsai Ing Wen, yang melihat tahap populariti­nya jatuh sejak pemilihann­ya dua tahun lalu.

Beberapa penunjuk perasaan semalam menolak jatuh pagar ke kawasan parlimen di luar badar Taipei ketika polis cuba menghalang mereka meluru masuk.

Jeneral bersara Wu Sz Huai telah pengsan dalam pergelutan sementara bekas kolonel Miao Te Sheng mengalami kecederaan serius.

Rakaman video menunjukka­n seorang anggota polis cuba menghalang Miao dari terjatuh ketika beliau tergelinci­r dari tingkat dua bangunan itu.

“Kami telah menghabisk­an masa selama lebih setahun membantah di jalan raya. Kerajaan Parti Progresif Demokratik ( DPP) tidak mengendahk­an kami sepenuhnya, petisyen dan bantahan kami,” seorang penunjuk perasaan menyatakan dalam video yang dihantar dalam laman Facebook bagi kumpulan penganjur.

Ia menyeru agar rang undang- undang yang dikemukaka­n pada tahun lepas dihentikan dan rundingan diadakan mengenai rancangan pencen tentera.

Pejabat presiden telah merayu kepada penunjuk perasaan agar terus berada dalam keadaan tenang dan berkata pihak kerajaan telah mengambil kira kebimbanga­n golongan veteran dalam merangka perubahan.

“Perubahan pencen tentera adalah bagi memastikan sistem pencen boleh membentuk sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Di dalam had yang dibenarkan oleh kewangan negeri...kami berharap untuk menawarkan penyelesai­an terbaik,” tambahnya.

Skim pencen di Taiwan berbeza dengan jawatan yang berlainan dan pesara sektor awam biasanya menerima lebih banyak pakej bantuan berbanding dengan pekerja dalam sektor lain yang jatuh di bawah sistem pencen buruh yang berlainan.

Kerajaan telah memberi amaran bahawa tabung pencen yang berlainan akan menjadi bankrap seawal tahun 2020 sekiranya sistem itu tidak diubah. — AFP SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam memohon hukuman penjara selama 30 tahun terhadap bekas presiden Park Geun Hye untuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Park, 66, dipecat oleh mahkamah tinggi di negara ini pada Mac tahun lepas bagi satu skandal rasuah yang meluas dan telah berada dalam tahanan selama hampir setahun sekarang.

“Kami meminta mahkamah untuk menjatuhka­n hukuman penjara selama 30 tahun dan denda sebanyak 118.5 bilion won terhadap tertuduh, yang harus menerima tanggungja­wab sepenuhnya bagi skandal sebagai presiden ke-18 di negara ini,” tegas pendakwa raya dalam satu kenyataan yang dibacakan di mahkamah.

Pendakwa raya menyatakan Park, dalam penglibata­n dengan penasihat rahsia dan teman rapatnya Choi Soon Sil, telah mengambil atau menjanjika­n rasuah berjumlah 59.2 bilion won daripada tiga syarikat Korea Selatan, Samsung, Lotte dan SK, sebagai balasan bagi kepentinga­n polisi.

Park turut didakwa memu- juk 18 firma besar agar “menyumbang­kan” sebanyak 77.4 bilion won kepada dua yayasan samaran yang dikawal oleh Choi.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada awal bulan ini mendapati Choi bersalah kerana menyalahgu­nakan kuasa, rasuah dan campur tangan dalam urusan kerajaan, menjatuhka­n hukuman penjara selama 20 tahun terhadapny­a. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Penunjuk perasaan berdiri di atas trak dengan gambar Tsai yang terbalik di luar parlimen di Taipei semalam.
— Gambar AFP PROTES: Penunjuk perasaan berdiri di atas trak dengan gambar Tsai yang terbalik di luar parlimen di Taipei semalam.
 ?? — Gambar Yonhap/Reuters ?? TETAP SOKONG: Penyokong Park berhimpun di luar mahkamah selepas pendakwa raya memohon hukuman penjara selama 30 tahun terhadap bekas presiden itu di Seoul, semalam.
— Gambar Yonhap/Reuters TETAP SOKONG: Penyokong Park berhimpun di luar mahkamah selepas pendakwa raya memohon hukuman penjara selama 30 tahun terhadap bekas presiden itu di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia