Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tembak mati 11 pelarian: UNHCR

-

KIGALI: Angka kematian ketika polis Rwanda meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan terhadap pemotongan catuan makanan telah mencecah 11 orang, agensi pelarian Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNHCR) menyatakan kelmarin.

Polis melaporkan lima pelarian Congo terbunuh dan lebih 20 tercedera dalam insiden pada Khamis lepas.

Ia berlaku selepas beberapa bantahan duduk menentang penguranga­n dalam bantuan makanan di kem pelarian Kiziba di barat Rwanda.

UNHCR telah mengeluark­an satu kenyataan menyatakan 11 pelarian terkorban di dua lokasi.

“Tragedi ini seharusnya dapat dielakkan dan penggunaan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap pelarian adalah tidak dapat diterima, kata pegawai hubungan dalaman Daniela Ionita.

“UNHCR menyeru kepada pihak berkuasa agar mengelak menggunaka­n kekerasan dan menyiasat kesan daripada insiden tragik ini.

“Agensi pelarian PBB berasa terkejut dan terganggu dengan kehilangan nyawa pelarian.

Ramai yang lain tercedera – termasuk anggota pasukan polis dan kakitangan UNHCR.

Lapan pelarian itu meninggal dunia di pekan Karongi, di mana ribuan telah melakukan bantahan di pejabat Program Makanan Sedunia, dan tiga lagi mati di kem Kiziba.

Situasi di kem Kiziba, yang menempatka­n lebih 17,000 pelarian Congo, dilaporkan dalam keadaan tenang kelmarin.

UNHCR telah dijangka akan meneruskan kerja- kerja bantuan di kem tersebut semalam.

Lebih 173,000 pelarian Congo dan Burundi ditempatka­n di enam kem di Rwanda, ramai daripada mereka telah berada di sana selama lebih 20 tahun.

Program Makanan Sedunia mengurangk­an catuan makanan di kem sebanyak 10 peratus pada November 2017 dan 25 peratus pada Januari 2018 disebabkan kekurangan dana.

Kekurangan dana telah menjejaska­n dengan teruk operasi kemanusiaa­n di Rwanda.

Rayuan UNHCR pada 2018 untuk AS$ 98.8 juta bagi membantu pelarian di Rwanda hanya dua peratus telah dibiayai.

UNHCR berkata ia hanya menerima dua peratus daripada AS$ 98.8 juta yang diperlukan pada tahun ini bagi menjaga pelarian. — AFP QUITO: Dua ‘penumpang gelap’ mati terjatuh dari sebuah kapal terbang ketika ia berlepas dari lapangan terbang di Guayaquil, Ecuador dalam penerbanga­n ke New York, pihak berkuasa memberitah­u media tempatan.

Maklumat mengenai insiden masih samar- samar dengan pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada syarikat penerbanga­n komersil terlibat.

Pihak berkuasa berkata mayat dua lelaki, berusia di antara 25 dan 30 tahun, ditemui di hujung selatan landasan di Lapangan Terbang Jose Joaquin de Olmedo di Guayaquil.

“Dua orang itu memasuki bahagian gear pendaratan dan ketika kapal terbang berlepas sistem itu sama ada telah melentingk­an mereka atau mereka terkejut” dan terjatuh, Jeneral Marcelo Tobar dipetik sebagai memberitah­u media tempatan.

Pendakwa raya Carlos Bustamante berkata kapal terbang telah tiba dari Peru dan sedang dalam penerbanga­n ke New York.

Operasi di lapangan terbang berkenaan ditutup selama sejam selepas insiden tersebut, kata Polis Penerbanga­n Awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia