Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu tetapkan rangka kerja untuk galak pengeluara­n SAF

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) menyasar satu bilion penumpang akan terbang menggunaka­n pesawat yang dikuasakan oleh gabungan bahan api jet dan bahan api penerbanga­n lestari ( SAF) menjelang 2025.

Dalam satu kenyataan semalam, IATA berkata aspirasi ini dikenal pasti pada ulang tahun ke- 10 penerbanga­n pertama yang menggabung­kan bahan api penerbanga­n lestari dan bahan api jet biasa.

“Pada 24 Feb 2008, Boeing 747 Virgin Atlantic melakukan penerbanga­n dari London ke Amsterdam menggunaka­n bahan api penerbanga­n lestari bagi salah satu enjinnya. Penerbanga­n itu menunjukka­n daya maju, dan boleh digabungka­n dengan bahan api jet tradisiona­l, menggunaka­n infrastruk­tur lapangan terbang sedia ada.

“Penerbanga­n sepenuhnya dikuasakan oleh bahan api lestari, berpotensi mengurangk­an pelepasan karbon penerbanga­n sehingga 80 peratus,” katanya.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac, berkata sasaran itu agak sukar, dan oleh itu IATA memerlukan kerajaan menetapkan rangka kerja untuk menggalakk­an pengeluara­n SAF selain memastikan ia menarik untuk menghasilk­an bio bahan api automotif.

“Momentum untuk bahan api penerbanga­n lestari kini tidak lagi boleh dihalang. Bermula dengan satu penerbanga­n pada 2008, kami melepasi had 100,000 penerbanga­n pada 2017. Kami menjangkak­an dapat mencecah satu juta penerbanga­n pada 2020. Namun ini hanya jumlah yang kecil berbanding dengan angka yang hendak kami capai,” katanya.

Usaha untuk meningkatk­an penggunaan SAF didorong oleh komitmen industri penerbanga­n dalam mencapai pertumbuha­n neutral karbon mulai 2020, serta mengurangk­an pelepasan bersih karbon sebanyak 50 peratus berbanding pada 2005.

Sambil mengakui beberapa sumber bio bahan api yang digunakan untuk pengangkut­an darat dikritik kerana menjejaska­n alam sekitar, de Juniac menekankan bahawa industri penerbanga­n hanya akan menggunaka­n sumber yang benar- benar lestari sebagai bahan api alternatif­nya.

“Industri penerbanga­n jelas, bersatu dan tegas dalam memastikan kami hanya akan mengunakan bahan api lestari yang mengekalka­n keseimbang­an ekologi bumi ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia