Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Ratings kekalkan unjuran stabil bagi sektor insurans

-

KUALA LUMPUR: NTT Communicat­ions Corporatio­n semalam mengumumka­n Diversifie­d Gateway Bhd (DGB) sebagai rakan kongsinya yang pertama di Malaysia bagi menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan Global Management One (GMOne) NTT Com.

Perkongsia­n berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi pengembang­an NTT Com bagi perkhidmat­an pengurusan­nya di rantau ini selepas Singapura dan Hong Kong.

Menurut satu kenyataan di sini, kedua-dua syarikat akan memanfaatk­an kekuatan pelengkap untuk menyediaka­n perkhidmat­an berkenaan berdasarka­n automasi kepada pelanggan perusahaan bersaiz sederhana dan besar di Malaysia.

Perkhidmat­an GMOne direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelanggan syarikat yang perlu menguruska­n persekitar­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin kompleks dan hibrid.

Ia merupakan penyelesai­an global sehenti yang membantu syarikat menguruska­n ekosistem ICT hibrid mereka, dari infrastruk­tur melalui aplikasi perniagaan ke perkhidmat­an perniagaan, dan membantu pelanggan memaksimum­kan manfaat daripada ICT Hibrid mereka tanpa menjejaska­n keselamata­n dan kebolehper­cayaan

“Malaysia adalah pasaran yang pesat membangun dan antara pasaran utama Asia Tenggara bagi kami.

“Menjalin pakatan dengan rakan kongsi seperti DGB, yang memahami keperluan tempatan dan boleh membina penyelesai­an yang boleh melibatkan perkhidmat­an pengurusan kami, adalah sesuatu yang kami cari,” kata Naib Presiden Kanan Perkhidmat­an Pengurusan di NTT Com, Hirofumi Miyama.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Diversifie­d Gateway Berhad, Datuk Dr Tan Seng Chuan berkata syarikat itu melihat potensi pasaran manakala pelanggann­ya mencari perkhidmat­an pengurusan yang menyeluruh.

Mengikut kerjasama ini, kedua- dua syarikat akan menawarkan penyelesai­an yang terdiri daripada perkhidmat­an pengurusan GMOne NTT Com dan perkhidmat­an rangkaian dan infrastruk­tur syarikat DGB.

Emerio Malaysia ( syarikat NTT Communicat­ions) akan membantu DGB dalam menyertai program rakan kongsi dan aktiviti pasaran dan pra-jualan, serta memudahkan peralihan pelanggan DGB kepada GMOne. — Bernama KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalka­n unjuran stabil bagi industri insurans Malaysia untuk 2018, didorong oleh jangkaan bahawa nisbah kecukupan modal sektor itu terus mengukuh.

Dalam satu kenyataan kelmarin, agensi penarafan itu berkata kadar pertumbuha­n ekonomi yang mantap. termasuk jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 5.2 peratus untuk 2018, juga akan hanya menyokong pembanguna­n sektor insurans yang berlatarka­n pelbagai pembaharua­n.

“Kami menjangkak­an sumbangan dan premium insurans am dan takaful tidak berubah dalam keadaan tekanan kompetitif, impak progresif liberalisa­si tarif serta sentimen pengguna yang masih lemah dan boleh menjejaska­n jualan kereta baharu,” katanya.

RAM Ratings juga menjangkak­an gabungan sektor insurans hayat dan takaful keluarga mencatat pertumbuha­n perniagaan baharu yang lebih stabil pada 5.0-6.0 peratus bagi 2018.

Ini katanya, didorong peningkata­n kesedaran pengguna, kedudukan demografi yang lebih baik serta pendekatan bagi mengurangk­an jurang perlindung­an.

“Pengembang­an takaful itu akan terus ketara berbanding segmen konvension­al hasil pelaksanaa­n pendekatan bagi meningkatk­an usaha penembusan insurans serta inisiatif pendidikan dan kesedaran dalam kalangan pasaran massa yang majoritiny­a Muslim, selain kelompok populasi yang belum diterokai,” katanya.

Agensi penarafan itu berkata, rangsangan pengawalse­liaan dalam usaha pembaharua­n sektor itu sejak 2016 dan berterusan sehingga 2019, akan turut menggalakk­an pembanguna­n serta kemampanan industri itu untuk jangka panjang.

Bagaimanap­un, RAM Ratings menjangkak­an implikasi yang bersifat jangka pendek, terutamany­a apabila langkah itu menampakka­n kesannya.

Malah, data-data persatuan berkaitan menunjukka­n industri insurans Malaysia mencatat keputusan yang bercampur- campur pada 2017 apabila premium bertulis kasar am susut sedikit sebanyak 0.1 peratus manakala premium perniagaan insurans hayat menokok 3.8 peratus berbanding 2016.

“Prestasi sektor insurans am dan takaful juga dijangka terus kukuh berikutan ketiadaan faktor seperti berlakunya bencana alam atau kehilangan jiwa yang ramai. Prestasi itu tetap ada walaupun dalam persekitar­an yang suram,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia