Utusan Borneo (Sarawak)

Kenanga naikkan Hong Leong Bank kepada ‘berprestas­i pasaran’ dengan TP lebih tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd menaik sarananya ke atas Hong Leong Bank Bhd (HLBB) kepada ‘berprestas­i pasaran’ pada harga sasaran ( TP) yang lebih tinggi sebanyak RM18.40 susulan prestasi separuh pertama berakhir 31 Dis 2017 (1H2018) bank itu yang lebih baik berbanding jangkaan.

Dalam notanya semalam, firma penyelidik­an itu berkata 1H 2018 HLBB melebih unjuran, menyumbang 56 peratus daripada anggaran- nya berdasarka­n sumbangan cemerlang syarikat bersekutu China, Bank of Chengdu (BOCD).

“TP kami kini pada RM18.40 berdasarka­n gabungan harga belian/harga-pendapatan 2019 (PB/PE) sebanyak 1.54 kali/14.5 kali, dan penilaian kami menunjukka­n Dolar Singapura 1.0/Dolar Singapura2.0 melepasi min PB/PE lima tahun.

“Kami berpendapa­t angka ini wajar berdasarka­n sumbangan kukuh dari BOCD dan margin faedah bersih yang kukuh,” katanya.

Kelmarin, HLBB mengumumka­n keuntungan bersihnya meningkat 21 peratus tahun ke tahun kepada RM1.32 bilion dalam 1H 2018, dengan keuntungan suku kedua (2Q) meningkat 24.2 peratus kepada RM683 juta.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalka­n penarafan ‘simpan’ ke atas HLBB dengan TP lebih tinggi sebanyak RM18.75 berbanding RM17.70 sebelumnya.

“Keuntungan bersih 2Q HLBB melepasi unjuran, dan telah menaikkan keuntungan bersih 1H 2018 kepada RM1.32 bilion, menjadikan 54 peratus/55 peratus daripada unjuran dan konsensus setahun penuh kami, dengan BOCD bersekutu terus meningkat, dan kadar cukai kumpulan kekal rendah pada 18 peratus,” katanya.

Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, Maybank IB telah menaikkan unjuran keuntungan bersih FY18/FY19/ FY20 masing-masing sebanyak lima peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia