Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan fokus kepada perkhidmat­an perniagaan moden

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memberikan lebih tumpuan kepada sektor perkhidmat­an perniagaan moden yang merupakan pemacu utama ekonomi Malaysia, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Antara perkhidmat­an berkenaan ialah perundanga­n, kejurutera­an, penyelengg­araan, baik pulih dan pembaikan, perundaing­an dan seni bina, katanya.

“Jika dilihat pada sumbangan sektor perkhidmat­an setiap suku tahun, angkanya meningkat pada kadar yang tinggi.

“Kami yakin sektor itu akan berkembang lebih daripada lima peratus tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri 2018 ( MITI2018) di sini kelmarin.

Mustapa berkata tahun lepas sektor perkhidmat­an menyumbang 54.4 peratus kepada keluaran dalam negara kasar, bernilai RM1.5 trilion.

“Sektor itu menyediaka­n 3.6 juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia, terutama perkerjaan berpendapa­tan tinggi dalam industri seperti e-dagang, aeroangkas­a, penjagaan kesihatan dan perkhidmat­an profesiona­l,” katanya.

Hari MITI 2018 anjuran kementeria­n itu menawarkan lebih 3,000 pekerjaan bersama 30 syarikat multinasio­nal yang menyertai pameran pekerjaan terbabit.

Acara itu bermatlama­t membawa kementeria­n dan sembilan agensinya lebih dekat kepada pemegang k e p e n t i n g a n d e n g a n mengetenga­hkan kepentinga­n dan impak perkhidmat­annya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia