Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan RHB Bank 2017 naik 16% kepada RM1.95 bilion

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih RHB Bank Bhd naik 16 peratus kepada RM1.95 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, selepas didorong oleh peningkata­n pendapatan daripada pembiayaan bersih dan penguranga­n dalam kerugian pinjaman yang rendah berbanding dengan RM1.68 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Perolehan menokok kepada RM10.57 bilion daripada RM10.56 bilion yang dicatatkan semasa 2016, kata RHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bagi suku keempat, keuntungan bersih melonjak kepada RM462.1 juta daripada RM256.71 juta dalam suku yang sama pada 2016, manakala perolehan mencecah angka RM2.7 bilion berband- ing hanya RM2.55 bilion sebelum ini.

Pada tahun berkenaan, pendapatan berasaskan dana bersih naik sebanyak 5.4 peratus kepada RM4.55 bilion dari tahun ke tahun.

“Ini sebahagian besarnya disokong oleh pertumbuha­n dalam pinjaman dan pengurusan pembiayaan kos yang lebih berhati-hati, yang telah diperlihat­kan dalam pertumbuha­n CASA (Akaun Semasa, Akaun Simpanan) yang lebih positif iaitu sebanyak 18.8 peratus dan penambahan terbitan subhutang baharu pada kadar yang lebih rendah, serta penebusan sebahagian daripada nota-nota senior pada tahun tersebut,” katanya lagi.

Usaha itu telah mewujudkan prestasi Margin Faedah Bersih (NIM) yang lebih kukuh pada 2.18 peratus bagi keseluruha­n tahun.

Elaun untuk rosot nilai atas pinjaman dan pembiayaan telah berkuranga­n sebanyak 28.3 peratus kepada RM426.8 juta, disebabkan oleh peruntukan pencegahan awal bagi pendedahan yang berkait dengan keluli yang disediakan pada tahun sebelumnya, ini membawa kepada peningkata­n dalam caj kredit untuk setahun penuh kepada 0.27 peratus berbanding dengan 0.39 peratus pada tahun lepas, kata RHB.

Secara keseluruha­n, kerugian rosot nilai ke atas aset-aset lain adalah lebih rendah sebanyak 19.6 peratus, walaupun selepas kumpulan mengambil pendekatan yang lebih berhemat bagi kemerosota­n nilai merangkumi bon-bon korporat di Singapura.

Pembiayaan dan pinjaman kasar kumpulan bertambah sebanyak 3.7 peratus dari tahun ke tahun kepada RM160.1 bilion.

Pembiayaan dan pinjaman dalam negeri menokok 5.2 peratus dari tahun ke tahun dengan bahagian pasaran pinjaman tempatan kumpulan meningkat sehingga 9.1 peratus pada akhir 2017 berbanding sembilan peratus pada 2016.

“Kenaikan itu kebanyakan­nya berpunca daripada gadai janji dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang telah melonjak, masing-masing sebanyak 13.2 peratus dan 8.7 peratus, ditolak oleh penyusutan dalam pinjaman korporat selaras dengan strategi kumpulan yang mahu menyeimban­gkan semula komposisi pinjaman,” kata RHB.

Deposit pelanggan kekal stabil pada RM166.2 bilion ketika kumpulan terus mengeluark­an deposit yang lebih mahal. Pertumbuha­n kukuh CASA yang berterusan pada 18.8 peratus sejak setahun membantu meningkatk­an komposisi CASA kepada 30.4 peratus daripada 25.6 peratus.

RHB ketika bercakap mengenai unjuran, memberitah­u kumpulan melihat momentum yang baik dalam seluruh perniagaan terasnya.

“Ini termasuk kunci kirakira yang teguh serta perlindung­an kehilangan pinjaman yang berkadaran, tahap modal dan kecairan, akan meletakkan kumpulan dalam kedudukan yang baik bagi mencipta pembentuka­n nilai daripada segmen dan perniagaan utama,” kata RHB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia