Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sewakan lesen kepada pengusaha asing, kata Pang

-

KOTA KINABALU: Syarikat atau agensi pelanconga­n tempatan diberi amaran agar tidak membenarka­n warga asing menggunaka­n lesen mereka untuk beroperasi di Sabah.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Nyuk Ming berkata, terdapat kes baru-baru ini yang berjaya diselesaik­an dengan baik oleh Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) berhubung seorang ejen warga Korea menggunaka­n lesen agensi pelanconga­n tempatan untuk menipu pelancong China datang ke Sabah.

“Saya ingin menegaskan bahawa orang tempatan tidak seharusnya membenarka­n warga asing menggunaka­n syarikat mereka untuk tujuan itu.

“Walaupun anda menerima keuntungan RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan, sebaliknya ejen terbabit berjaya mengaut keuntungan berjuta ringgit daripada skim pelanconga­n yang ditawarkan.

“Sekiranya ejen terba- bit melakukan kes penipuan, agensi tempatan itu akan berhadapan kes saman jutaan ringgit daripada pihak pelancong kerana mereka ditipu.

“Di manakah anda akan mencari duit untuk menyelesai­kan perkara itu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) bersama Media, di sini kelmarin.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes penipuan sebelum Tahun Baharu Cina dan ketika perayaan itu di sini baru-baru ini apabila seorang individu warganegar­a Korea telah membuat sewaan untuk lima destinasi melibatkan penyewaan kapal terbang dengan tawaran harga yang sangat rendah.

Pang berkata, malangnya salah satu rombongan berjaya sampai di sini, manakala baki empat pakej destinasi itu berjaya dikesan oleh pelancong China kerana mempunyai unsur penipuan.

“Pengusaha agensi pelanconga­n di China terpaksa datang ke sini berbincang den- gan STB untuk bersama-sama menyelesai­kan perkara itu. Saya menasihati mereka agar tidak sesuka hati menerima tawaran harga produk pelanconga­n murah di Sabah kerana negeri ini tidak mempunyai pakej seumpamany­a.

“Walaupun STB berjaya menyelesai­kan kes ini tetapi ia satu kerugian kepada agensi pelanconga­n China itu kerana pelancong yang ditipu itu membuat keputusan mengambil tindakan undangunda­ng,” katanya.

Pang turut menjelaska­n bahawa kini destinasi pelanconga­n di pantai timur Sabah, khususnya untuk bulan ini, menerima seramai 75,000 pelancong.

“Ia adalah jumlah terbesar berbanding tempoh Januari dan Februari 2017 yang hanya mencatatka­n jumlah yang sama dalam tempoh dua bulan itu.

“Kita menjangkak­an 1,000 bilik diperlukan di destinasi pelanconga­n pantai timur untuk tahun- tahun akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia