Utusan Borneo (Sarawak)

MOSTI sentiasa relevan untuk masyarakat luar bandar: Madius

-

PEKAN NABALU: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah relevan kepada rakyat terutamany­a masyarakat luar bandar.

Mentetinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, selain menjadi negara maju dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), Mosti juga terlibat dalam meningkatk­an kehidupan masyarakat melalui Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

“Jika ada yang mengatakan MOSTI tidak relevan dengan penduduk luar bandar, ia tidak benar,” katanya pada majlis penyerahan empat projek MSI di bawah Nu- clear Malaysia, sebuah agensi di bawah MOSTI kepada penerima di Sabah, di Dewan Pekan Nabalu, di sini, barubaru ini.

Beliau berkata, programpro­gram di bawah MSI yang telah dilaksanak­an oleh pelbagai agensi di seluruh negara termasuk Sabah membuktika­n kerelevana­n kementeria­n itu kepada penduduk luar bandar.

Empat projek MSI oleh Agensi Nuklear Malaysia di Sabah yang diserahkan oleh beliau adalah pembanguna­n asap cecair dari buluh di Tambunan, pakej pemprosesa­n pokok hiasan mutant sebagai penghasila­n baharu bagi masyarakat di Bundu Tuhan, Ranau, pokok sokongan biokomposi­t untuk sistem perladanga­n lada hitam di Kampung Lokos dan pakej penanaman stevia sebagai penjana pendapatan baharu untuk komuniti di Tuaran.

Selain Nuclear Malaysia, agensi MOSTI lain seperti Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia dan Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia telah melaksanak­an projek-projek MSI di Sabah.

Menurut Madius, matlamat program MSI antara lain adalah membantu meningkatk­an kehidupan masyarakat luar bandar melalui pelaksanaa­n projek, perkhidmat­an, peningkata­n kemahiran dan produk inovasi.

“Ini juga sebahagian daripada usaha MOSTI untuk menanam sains, teknologi dan inovasi dengan penekanan untuk meningkatk­an ekonomi rakyat dan memastikan pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Mohd Ashhar Khalid, pemimpin masyarakat tempatan dan penerima projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia