Utusan Borneo (Sarawak)

Teksi perlu seiring dengan teknologi berdepan saingan dalam pasaran

-

KOTA KINABALU: Industri perkhidmat­an teksi perlu berkembang seiring dengan teknologi terkini agar mampu menikmati peluang agihan ekonomi ekoran daripada perkembang­an semasa.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Datuk Raime Unggi berkata, pengguna kini mempunyai banyak pilihan sejak perkhidmat­an e-hailing diperkenal­kan di negara ini.

“Selain corak konvension­al dialihkan kepada satu sistem terbaik untuk pemandu teksi, mereka juga perlu pastikan perkhidmat­an mereka sen- tiasa berada dalam tahap terbaik, sentiasa kemas dan beradab ketika menerima pelanggan.

“Kita perlu menjadikan sistem pengangkut­an kita ter- baik agar pengguna berpuas hati daripada perkhidmat­an yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Transforma­si Industri Teksi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan pengangkut­an awam termasuk e- hailing akan berkuat kuasa tidak lama lagi.

Katanya, satu had juga perlu dikenakan kepada perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grabcar khususnya bagi memberikan keutamaan teksi yang menunggu pelanggan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Mereka harus diberikan keutamaan kerana mereka hanya menawarkan perkhidmat­an di LTAKK.

“Pengecuali­an boleh diberikan kepada mereka yang menghantar penumpang ke LTAKK tetapi untuk menerima penumpang di sana perlu diberikan kepada teksi lapangan terbang,” katanya.

Menurutnya, perkhidmat­an e-hailing juga perlu mematuhi undang-undang pelesenan oleh LPKP sebelum dibenarkan beroperasi.

“Apabila penguatkua­saan dilaksanak­an nanti, diharapkan ia akan memuaskan hati kedua- dua pihak,” katanya.

 ??  ?? BERKEMBANG SEIRING: Raime (duduk, empat kanan) merakamkan gambar bersama peserta Bengkel Transforma­si Industri Teksi.
BERKEMBANG SEIRING: Raime (duduk, empat kanan) merakamkan gambar bersama peserta Bengkel Transforma­si Industri Teksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia