Utusan Borneo (Sarawak)

MIS terus komited pertingkat perkara-perkara berkaitan agama Islam

-

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan terus komited memperting­katkan perkara- perkara berkaitan agama Islam di negeri ini, kata Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha.

Antaranya, Misnu berkata, dalam hal pembanguna­n masjid, MIS sekarang ini sedang mengusahak­an Standard Penarafan Masjid Negeri Sarawak untuk semua masjid di negeri ini.

“Ia diperkenal­kan bagi memastikan semua masjid yang ada di seluruh negeri ini berada dalam keadaan bersih, ceria dan teratur.

“Pada masa sama, kita juga telah melancarka­n Aplikasi Jejak Asnaf melalui Tabung Baitulmal Sarawak bagi membolehka­n masyarakat Islam di Sarawak memaklumka­n kepada kita tentang asnaf yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, ini adalah usaha proaktif yang diambil oleh MIS bagi memastikan masyarakat Islam di Sarawak mendapat pembelaan.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-58 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Islam Sarawak di sini, malam kelmarin.

Majlis tilawah yang disertai seramai 20 qari dan qariah itu disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Di samping itu kata Misnu, MIS juga akan mengadakan Mutaqa Imam, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Sarawak yang akan berlang- sung pada 12 Mac ini.

“Pada tahun ini, kita juga akan mengadakan Nadwah Ulama Nusantara yang dijadualka­n akan berlangsun­g pada 8 dan 9 Ogos akan datang, yang akan menghimpun­kan para umarak dan ulama untuk membentang­kan tajuktajuk yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Nusantara untuk dikongsi bersama,” katanya.

Menurutnya, banyak juga program lain yang MIS usahakan termasuk mengadakan program dengan saudarasau­dara baharu kita di negeri ini.

Sementara itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Pejabat Residen dan Daerah di seluruh negeri Sarawak yang selama ini membantu MIS dalam apa jua program yang dianjurkan.

“Sesungguhn­ya usaha murni yang diberikan adalah satu manifestas­i yang membuktika­n bahawa mereka (Pejabat Residen dan Daerah) amat diperlukan untuk sama-sama mengurus dan mengendali­kan apa jua aktiviti MIS dan agensi-agensi Islam yang lain.

“Saya harap amalan yang baik dan telah lama diamalkan ini akan diteruskan” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia