Utusan Borneo (Sarawak)

Wira: Ringgit stabil dan kukuh pada asasnya

-

KUALA LUMPUR: Ringgit stabil dan kukuh dengan paras rintangan seterusnya ialah RM3.82 bagi setiap dolar AS, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau berkata, perkara yang paling penting mengenai ringgit adalah ssas tempatan (sumbangan).

“Kekuatan ringgit, jika ia bergantung kepada asas luaran, ia tidak akan berterusan tetapi ketika kita menuju ke tahap semasa iaitu RM3.92 pada pembukaan pasaran pertukaran asing hari ini, ia kelihatan lebih baik untuk bulan yang akan datang dan ringgit kelihatan stabil,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatan­gani perjanjian antara SME Bank dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Perdaganga­n (NUCW) di sini, semalam.

Othman, yang juga ahli Parlimen Jerlun, Kedah berkata, dengan sokongan angka keluaran dalam negara kasar, eksport dan harga minyak mentah Brent, ia akan menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

Menurutnya, terdapat juga faktor luaran yang tidak terkawal yang perlu dipertimba­ngkan negara, seperti dasar AS dan Brexit, yang akan memberi kesan kepada ringgit.

“Nilai saksama adalah pada paras halangan RM3.82, kera- na kita mempunyai permulaan yang baik untuk 2018, apabila ia memecah tahap RM4.00 bagi setiap dolar AS,” katanya sambil menambah ia akan menjadi baik untuk negara, dari segi asas serta keyakinan dalam pelaburan langsung asing.

Terdahulu, SME Bank menandatan­gani perjanjian kumulatif dengan NUCW yang menawarkan kenaikan gaji antara lima hingga 12 peratus bagi kakitangan bukan eksekutif bank tersebut.

Mereka dan ahli keluarga mereka juga akan menikmati kenaikan 38 peratus untuk rawatan pesakit luar dan peningkata­n 20 peratus untuk kemasukan ke hospital di bawah perjanjian baharu berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi, Operasi & Pengurusan Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Razman Mohd Noor berkata, kenaikan gaji itu adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memberi penekanan terhadap kebajikan dan peningkata­n taraf hidup secara holistik.

“Melalui perjanjian baharu ini, bukan eksekutif SME Bank akan menerima kenaikan gaji asas daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan,” katanya.

Sebagai institusi kewangan pembanguna­n, SME Bank juga telah berjaya menghasilk­an 186 ahli bank khusus sejak diperkenal­kan Program Pelatih Siswazah (GTP) pada 2007, katanya.

Razman berkata, menghasilk­an pakar dalam bidang ini sangat penting kerana statistik menunjukka­n bahawa 98.5 peratus daripada syarikat berdaftar di Malaysia berada dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana dan mereka memerlukan bimbingan dan nasihat yang berkualiti daripada pegawai bank untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Beliau berkata, hari ini (semalam) juga menyaksika­n 28 pelatih GTP dari kumpulan enam berjaya menamatkan program itu dan kini mereka berkhidmat di rangkaian cawangan SME Bank di seluruh Malaysia.

“GTP adalah salah satu program dalam membangunk­an modal insan untuk membantu pertumbuha­n ekonomi negara dan selaras dengan inisiatif ekonomi kerajaan Rancangan Malaysia ke- 11 (2016-2020) dan Transforma­si Negara 2050 yang bertujuan untuk menghasilk­an pekerja berpengeta­huan, mahir dan memiliki sikap positif untuk terus meningkat dalam ekonomi global, terutama dalam kalangan belia,” katanya.

SME Bank juga menyampaik­an zakat RM50,000 untuk diagihkan kepada 200 pelajar kurang bernasib baik (asnaf) di Jerlun, Kedah semasa acara tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia