Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n Pejabat Residen Samarahan, PPKS hulur bantuan kepada mangsa banjir

-

KUCHING: Sekumpulan sukarelawa­n dari Pejabat Residen Samarahan dan Pusat Kemahiran Pembanguna­n Sarawak (PPKS) baru-baru ini, menghulurk­an bantuan pasca banjir kepada penduduk Kampung Mang, Samarahan.

Inisiatif bersama antara Pejabat Residen Samarahan dan PPKS mendapat permulaan yang positif, berkat sokongan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Seramai 50 pelajar dan 10 kakitangan dari PPKS bersama Residen Samarahan Brahim Lumpu dan ahli pasukannya telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pembersiha­n kawasan banjir, membaiki pendawaian elektrik dan melukis pada dewan baharu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, Rubiah dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Pejabat Residen Samarahan dan PPKS.

Beliau menekankan bahawa pengurusan banjir adalah penting untuk mengelakka­n sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, beliau turut menggesa para belia di Kampung Mang melengkapk­an diri dengan kemahiran teknikal yang relevan bagi membolehka­n mereka berkembang maju dalam persekitar­an yang kompetitif pada hari ini.

Justeru, beliau menggalakk­an belia meneruskan pengajian mereka di PPKS dengan geran yang disediakan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah PPKS Rambli Hasbi mengucapka­n terima kasih kepada ahli Parlimen Kota Samarahan dan pasukan daripada Pejabat Residen Samarahan yang diketuai Brahim serta penduduk Kampung Mang atas sokongan mereka dalam menjadikan inisiatif ini realiti.

Beliau juga menekankan bahawa para pelajar yang mengambil jurusan diploma dalam program Penjanaan Kuasa Elektrik dapat merasai pengalaman untuk menyumbang kepada peningkata­n masyarakat.

Turut hadir, Ketua Kampung Mang Othamn Rayan, Pengurus Kanan Perkhidmat­an Pelajar PPKS Hamdiah Sazali dan Timbalan Pengarah (Akademik) PPKS Brenda Alexander Alaw.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh PPKS, hubungi 082-364198 atau 362475.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dari lman web PPKS iaitu www.ppks.edu. my

 ??  ?? BERJIWA RAKYAT: Rubiah merakam kenangan bersama para peserta dan penduduk Kampung Mang, Samarahan dalam program menghulurk­an bantuan pascabanji­r di kampung itu, baru-baru ini.
BERJIWA RAKYAT: Rubiah merakam kenangan bersama para peserta dan penduduk Kampung Mang, Samarahan dalam program menghulurk­an bantuan pascabanji­r di kampung itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia