Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan calon BN kali ini paling teliti Sehingga kini senarai calon masih misteri, PM sedang meneliti kriteria calon: Hishammudd­in

-

DUNGUN: Pemilihan calon daripada Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti adalah yang paling teliti pernah dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata sehingga kini senarai calon masih lagi menjadi misteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang meneliti calon-calon berkenaan mengikut kriteria yang ditentukan parti.

“Perdana menteri ( Najib) yang akan umumkan senarai calon- calon pada masa yang sesuai...sekarang PM dan timbalan perdana menteri (Ahmad Zahid) selaku pucuk pimpinan parti sedang meneliti nama-nama calon.

“Saya tidak pernah melihat PM (yang juga Presiden UMNO) membuat persiapan begitu teliti...ini kerana kita mengambil kira semua perkara termasuk sentimen di peringkat bahagian atau cawangan dan bagaimana penerimaan rakyat terhadap calon itu.

“Jadi kita berharap apabila diumumkan calon nanti maka sokonglah calon berkenaan sebagaiman­a ikrar kita, termasukla­h tidak sabotaj calon bagi memastikan kemena- ngan BN pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Dungun di Kampung Seberang Pintasan, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi BN Dungun, Datuk Din Adam.

Hishammudd­in turut menarik perhatian kepada jentera pilihan raya agar terus bersatu padu dan melipatgan­dakan usaha mendekati rakyat kerana mereka yang akan menentukan nasib parti pada PRU14 kelak.

“Cuma saya nak ingatkan gerakan dan semangat sahaja tidak cukup jika tiada kesedaran untuk kita meletakkan parti di depan berbanding kepentinga­n diri sendiri.

“Saya mahu jentera di Dungun ini akan menjadi antara yang terkuat dan menjadi contoh kepada jentera di bahagian lain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HIDUP BN: Hishammudd­in (tengah) bersama anggota UMNO dan BN melaungkan ‘Hidup BN’ selepas melancarka­n Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 Parlimen Dungun di Kampung Seberang Pintasan di Dungun semalam.
— Gambar Bernama HIDUP BN: Hishammudd­in (tengah) bersama anggota UMNO dan BN melaungkan ‘Hidup BN’ selepas melancarka­n Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 Parlimen Dungun di Kampung Seberang Pintasan di Dungun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia