Utusan Borneo (Sarawak)

The Old Lady ‘padam’ impian Atalanta di Turin Juve tempah pertemuan menentang Milan pada aksi final Piala Itali buat tahun keempat berturut-turut

-

TURIN, Itali: Juara bertahan, Juventus, menempah tiket ke final Piala Itali untuk tahun keempat berturut-turut dan akan menentang AC Milan selepas menewaskan Atalanta 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Turin Rabu lepas.

Perlawanan pertama berkesudah­an 1-0 di Bergamo menerusi gol awal Gonzalo Higuain dan Juventus juga menang perlawanan kedua apabila Miralem Pjanic menjaringk­an gol dari satu tendangan penalti minit ke-75 selepas kekasaran ke atas Blaise Matuidi.

Juventus akan menentang AC Milan, yang menewaskan Lazio 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadio Olympico selepas perlawanan terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.

Nikola Kalinic hampir menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-117 tetapi rembatanny­a melepasi palang walaupun hanya berseorang­an di hadapan pintu gol, menyebabka­n pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

AC Milan berterima kasih kepada penjaga gol remajanya, Gianluigi Donnarumma untuk satu tempat ke final di Rom pada 9 Mei selepas Alessio Romagnoli menjaringk­an gol penalti kemenangan.

“Ia adalah malam yang sukar. Ini adalah pasukan yang sangat muda, kami harus menurunkan mereka ke dalam pasukan yang membolehka­n penyokong mengintai impian,” kata jurulatih Milan, Gennaro Gattuso.

Kemenangan melanjutka­n rekod tanpa kalah Gattuso sejak dilantik menjadi jurulatih Milan sebanyak 13 perlawanan, dan juga enam

Ia adalah malam yang sukar. Ini adalah pasukan yang sangat muda, kami harus menurunkan mereka ke dalam pasukan yang membolehka­n penyokong mengintai impian. Gennaro Gattuso Jurulatih AC Milan

kemenangan berturut- turut.

“Saya bukan seorang pakar taktikal. Saya hanya seorang yang bertuah.”

Milan, juara lima kali kejohanan tetapi kali terakhir memenangin­ya pada 2003 dan final terakhir mereka ialah pada 2016.

Pada perlawanan awal, Juventus menentang Atalanta, di mana aksi Serie A keduadua pasukan Ahad lepas ditangguhk­an kerana salji tebang, dengan sedikit salji kelihatan turun di Stadium Allianz Rabu lepas.

“Pujian kepada pemain kerana apa yang mereka lakukan malam ini dan juga pada musim ini,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

Ia adalah satu rekod final ke-18 buat Juventus dan akan memburu kejuaraan ke-13 dalam pertanding­an ini.

“Kami akan bermain di sebuah stadium bersejarah tetapi ia tidak harus menjadi satu obsesi,” tambah beliau ketika mereka memburu satu rekod kejuaraan keempat Piala FA secara berturuttu­rut.

“Dalam separuh masa pertama, kami mempunyai kesukaran mencari ruang, selepas rehat, Douglas Costa mula bermain di posisi penyerang tengah dan berjaya membuka ruang.”

Higuain tidak sempat pulih dari kecederaan buku lali untuk perlawanan ini.

Atalanta memulakan per- mainan dengan memberangs­angkan apabila cubaan Alejandro Gomez sedikit tinggi selain penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon dipaksa bertindak tangkas menepis cubaan Josip Illicic.

Gomez memikirkan beliau berjaya menjaringk­an gol penyamaan secara agregat buat Atalanta selepas rehat apabila Buffon keluar dari posisinya tetapi bola lam- bungan Gomez, walaupun melepasi Buffon, hanya terkena palang.

Juventus akhirnya menjaringk­an gol pembukaan apabila diberikan tendangan penalti apabila Matuidi dijatuhkan oleh Gianluca Mancini dalam kotak penalti, membolehka­n Pjanic menjaringk­an gol pembukaan.

AC Milan dan Lazio bertarung 220 minit dari dua perlawanan untuk memburu tempat ke final.

Lazio mengancam awal tetapi Milan berterima kasih kepada Donnarumma yang menepis cubaan Ciro Immobile seawal minit kelima sebelum menepis cubaan Sergej Milinkovic-Savic.

Kedua-dua pasukan juga mensia-siakan beberapa lagi peluang sehingga ke akhir masa tambahan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN SENGIT: Matuidi (kiri) dterjatuh ketika bersaing dengan pemain Atalanta, Josip Ilicic pada perlawanan separuh akhir Piala Itali di Stadium Allianz, Turin Rabu lepas.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN SENGIT: Matuidi (kiri) dterjatuh ketika bersaing dengan pemain Atalanta, Josip Ilicic pada perlawanan separuh akhir Piala Itali di Stadium Allianz, Turin Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia