Utusan Borneo (Sarawak)

Piala AFC: Keadaan padang faktor utama kekalahan JDT di Vietnam

-

KUALA LUMPUR: Pengendali sementara Johor Darul Taízim (JDT), Raul Longhi berkata kekalahan 0-2 pasukan itu kepada kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An dalam perlawanan Kumpulan H Piala Kelab Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Vinh, Vietnam semalam adalah kerana keadaan padang yang tidak memuaskan.

Longhi mendakwa keadaan padang yang sedemikian menyukarka­n lagi mereka bermain menggunaka­n hantaran pendek.

Bekas pemain antarabang­sa Argentina itu, bagaimanap­un memuji persembaha­n anak buahnya pada babak kedua dan yakin mereka akan beraksi dengan lebih baik apabila berhadapan dengan lawan yang sama dalam satu lagi perlawanan di Stadium Larkin pada 24 April depan.

“Dalam babak pertama, kami menghadapi masalah di bahagian tengah. Keadaan padang tidak terlalu bagus untuk kami. Kami cuba bermain hantaran pendek tetapi keadaan padang menyukarka­n kami. Jika kami menggunaka­n hantaran jauh, ia akan memudahkan lawan,” Longhi berkata demikian dalam catatan terkini di laman Facebook JDT: Johor Southern Tigers.

Kekalahan itu menyaksika­n Song Lam Nghe An mengambil alih kedudukan teratas Kumpulan H daripada JDT dengan enam mata sementara JDT jatuh ke tempat kedua dengan tiga mata selepas dua perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, kelab dari Vietnam itu mendahului melalui jaringan Phan Van Duc pada minit ke-22 sebelum Pham Xuan Manh menjaringk­an gol kemenangan pasukannya dalam masa-masa kecederaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia