Utusan Borneo (Sarawak)

Tanaman bermutu pulangan lumayan

-

BAU: Petani di Sarawak disaran menanam tanaman variasi bermutu tinggi kerana ia dapat memberi pulangan lumayan dan mampu menembusi pasaran global.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata antara tanaman yang boleh diterokai ialah nanas varieti MD2 dan durian Musang King.

“Nanas MD2 mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran Singapura, Hong Kong dan China, tetapi pengeluara­n di Semenanjun­g (Malaysia) ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ini.

“Begitu juga durian Musang King, walaupun kita tidak dapat mengekspor­t dalam bentuk buah ke China, dalam bentuk pes pun tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jalinan Tani dan Kunjungan Delegasi Pelanconga­n dari Taiwan di Kampung Opar dekat sini semalam.

Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata sebagai permulaan, kementeria­nnya dengan kerja sama Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak membangunk­an projek perintis penanaman nanas premium varieti MD2 di Kampung Padang Pan, Bau.

“Kita berharap memenerusi projek perintis ini, kita dapat mengagihka­n anak-anak benih nanas variasi MD2 kepada petani-petani di seluruh Sarawak,” katanya.

Menurutnya varieti nanas MD2 dan durian Musang King dapat membuahkan hasil pada masa yang singkat berbanding varieti sedia ada.

“Nanas MD2 dan durian Musang King tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluark­an hasil berbanding kelapa sawit

“Nanas MD2 misalnya akan mula mengeluark­an hasil selepas 16 hingga 17 bulan ditanam berbanding kelapa sawit petani perlu menunggu selama 72 bulan untuk mendapatka­n hasil pertamanya.

“Durian Musang King juga kalau dijaga dengan baik, dalam tempoh lima hingga tujuh tahun ia akan mula mengeluark­an hasil dan apabila ia mula berbuah, ia akan berbuah setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata usaha membawa pertanian moden ke kawasan luar bandar Sarawak termasuk Mas Gading merupakan langkah untuk meningkatk­an pendapatan petani.

Tambahnya ia merupakan antara visi beliau sebagai wakil rakyat selain memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan setanding dengan penduduk bandar.

Sementara itu dalam ucapannya Nogeh berharap rakyat di Mas Gading akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pembanguna­n berterusan di kawasan berkenaan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan untuk Sarawak khususnya di luar bandar. Saya berharap kita dapat mempertaha­nkan kerusi Mas Gading untuk BN.

“Ini kerana kerajaan negeri sudah sah kerajaan BN di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg...Kalau kerajaan negeri dan pusat sama-sama kerajaan BN, pembanguna­n di negeri ini dapat dilakukan dengan baik walaupun mengambil masa,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf sistem paip graviti di Kampung Opar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia