Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan di Miri digesa bantu tarik pelancong, kata Lee

-

MIRI: Pelbagai persatuan di sini digalak menganjurk­an lebih banyak program dalam usaha menarik pelancong dari luar datang ke Miri.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, program yang mempromosi­kan bandar raya Miri melalui persatuan akan membantu memeriahka­n industri pelanconga­n.

“Dengan mempromosi­kan aktiviti yang dianjurkan persatuan masing- masing, secara tidak langsung akan menarik masyarakat luar untuk turut serta sekiranya aktiviti berkenaan terbuka kepada semua.

“Dengan cara sedemikian, kita telah membantu mempromosi­kan Miri dan menarik orang luar untuk melihat keunikan dan keindahan yang ada di Miri dan Sarawak secara amnya,” ujarnya.

Ucapan Lee dibacakan Pembantu Khasnya Erick Chin pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Yong Klan Miri di Restoran Boulevard, kelmarin.

Hadir sama ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Miri Adam Yii, Tan Sri Peter Chin, Presiden Persatuan Klan Yong Miri Jong Tze Khiun, pengerusi penganjur Yong Mei Mei serta tetamu yang lain.

Mengenai persatuan terbabit, Chin mahu semangat kerjasama dan perpaduan padu ahlinya memastikan persatuan itu terus kukuh.

“Selain saling bekerjasam­a dan memahami, menguku- hkan hubungan juga penting agar persatuan ini dapat terus dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Sebagai contoh, majlis makan malam ini juga antara usaha kita untuk mengeratka­n lagi hubungan dalam kalangan ahli serta masyarakat setempat,” tambahnya.

Majlis turut menyaksika­n bacaan ikrar oleh ahli jawatankua­sa persatuan yang baharu dilantik dalam mesyuarat agung pada sebelah petangnya.

Majlis yang dihadiri kira-kira 600 tetamu itu juga diselitkan dengan penyampaia­n anugerah pendidikan cemerlang kepada anak-anak ahli yang berjaya dalam pelajaran.

 ??  ?? DIBANTU: Rosey (berdiri, enam kanan) bersama wakil-wakil NGO yang hadir menghulurk­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Selanyau, Bekenu kelmarin.
DIBANTU: Rosey (berdiri, enam kanan) bersama wakil-wakil NGO yang hadir menghulurk­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Selanyau, Bekenu kelmarin.
 ??  ?? SATU HATI: (Dari dua kiri) Yii, Chin, Ting dan Peter Chin menyaksika­n bacaan ikrar oleh ahli jawatankua­sa Persatuan Yong Klan Miri pada majlis makan malam di Miri, kelmarin.
SATU HATI: (Dari dua kiri) Yii, Chin, Ting dan Peter Chin menyaksika­n bacaan ikrar oleh ahli jawatankua­sa Persatuan Yong Klan Miri pada majlis makan malam di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia