Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan cukai hartanah di Pulau Pinang, Selangor tampung dana DAP, PKR: Isham

-

KUALA LUMPUR: Kenaikan cukai hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah untuk menampung perbelanja­an ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut, menurut Presiden Sukarelawa­n Malaysia Isham Jalil.

Isham berkata mengikut data kes Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat peningkata­n kes rasuah di Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakang­an ini susulan peningkata­n mendadak hasil cukai dan perbelanja­an kerajaan negeri.

“Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini,” katanya dalam temu bual dengan sebuah portal berita.

Tambahnya lagi, apabila kerajaan kedua-dua negeri itu menaikkan cukai hartanah dengan mendadak, mereka juga telah menaikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji menteri besar (MB) Selangor kini lebih tinggi daripada gaji perdana menteri.

“Saya rasa gaji MB Selangor perlu diturunkan sekurangku­rangnya sehingga masalahmas­alah asas diselesaik­an,” katanya sambil memberikan contoh masalah air, sampahsara­p dan perumahan mampu milik.

“Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan namun gaji MB perlu diturunkan ke paras yang lebih munasabah. Kita mahu (mereka) berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia