Utusan Borneo (Sarawak)

Benitez kembali ke Anfield bersama Newcastle United

-

LIVERPOOL: Prestasi Liverpool yang berpesta gol berdepan cabaran apabila bekas pengurus mereka Rafa Benitez kembali ke Anfield bersama Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Sabtu).

Sikap optimis adalah tinggi bagi pasukan Jurgen Klopp, yang naik seketika ke tempat kedua selepas mereka menewaskan West Ham 4-1 pada Sabtu lepas sebelum Manchester United naik semula di atas mereka dengan kemenangan ke atas Chelsea sehari kemudian.

Kemenangan terbaharu di Anfield memberi satu lagi contoh bagi bola sepak mengujakan yang Liverpool pamerkan di bawah Klopp pada musim ini, dengan menjaringk­an 103 gol dalam 40 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Daripada gol-gol tersebut, 66 telah dikongsika­n di antara barisan tiga penyerang berbisa yang terdiri daripada Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Liverpool seharusnya tahu bahawa bekas pengurus Benitez tahu bagaimana untuk menyediaka­n pasukan bagi mengekang pasukan lawan.

Liverpool mesti waspada untuk tidak jatuh ke dalam perangkap yang menjerat mereka ketika mereka mengalami kekalahan terakhir mereka, 1-0 di Swansea pada 22 Januari lalu.

Pada malam itu pengurus Swan- sea, Carlos Carvalhal, berkata Liverpool umpama sebuah kereta Formula Satu yang terkandas dalam kesesakan lalu-lintas pada waktu kemuncak, yang merujuk kepada cara pemainnya telah berusaha untuk mengekang Salah, Firmino dan Sane.

Pasukan Klopp menjaringk­an 18 gol dalam enam perlawanan sejak itu, tetapi pengurus dan pemainnya sedar bahawa Newcastle mungkin terbukti menjanggal­kan.

Klopp berharap pemain tengah Georginio Wijnaldum dan penyerang Danny Ings sudah pulih daripada penyakit untuk dipertimba­ngkan bagi pemilihan; satu-satunya masalah kecergasan lain dalam skuad melibatkan pemain pertahanan Nathaniel Clyne, yang belum pulih daripada kecederaan belakang.

Newcastle pula bimbang mengenai kecederaan yang dialami Jonjo Shelvey. Bekas pemain tengah Liverpool itu menimbulka­n tanda tanya selepas dia mengalami kerosakan ligamen lutut kecil dalam pertembung­an dengan rakan sepasukan Martin Dubravka dalam keputusan seri 2-2 di Bournemout­h, keputusan yang meletakkan pasukan Benitez dua mata di atas zon penyingkir­an. Islam Slimani, penyerang Algeria yang belum lagi membuat penampilan sulung selepas dia berhijrah sebagai pemain pinjaman dari Leicester pada hujung Januari lalu, tidak akan bermain sekurangku­rangnya dalam dua perlawanan akan datang selepas dia memburukka­n lagi masalah paha ketika berlatih. Benitez masih disanjungi penyokong Liverpool selepas dia membimbing kelab untuk menikmati kejayaan dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA selama enam tahun dia menjadi pengurus di sana. Pengurus dari Sepanyol itu mengekalka­n rumah keluarga di kawasan tersebut, tetapi berharap untuk tidak menarik perhatian apabila kelab Tyneside berkenaan cuba menamatkan badi tanpa sebarang kemenangan selama 24 tahun dalam liga di Anfield selain menamatkan rekod tanpa kalah pasukan tuan rumah dalam EPL pada musim ini. Newcastle mencatatka­n keputusan seri 2- 2 dalam lawatan terakhir Benitez ke Anfield hampir dua tahun lalu, dan dia berkata: “Ia bukan mengenai saya, atau pengurus, ia mengenai apa yang berlaku di atas padang. “Saya amat menyukai keadaan di Liverpool dan akan sentiasa mempunyai memori indah mengenai waktu saya di sana.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK MANIS: Dibaba (tengah) meraikan kejayaan memenangi pingat emas di atas podium bersama pemenang pingat perak, Hassan (kiri) dan pemenang pingat gangsa, Muir pada upacara penyampaia­n pingat bagi acara 3,000 meter wanita.
— Gambar Reuters DETIK MANIS: Dibaba (tengah) meraikan kejayaan memenangi pingat emas di atas podium bersama pemenang pingat perak, Hassan (kiri) dan pemenang pingat gangsa, Muir pada upacara penyampaia­n pingat bagi acara 3,000 meter wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia