Utusan Borneo (Sarawak)

Acer lancar monitor dan komputer meja terkini

-

KUALA LUMPUR: Acer Malaysia kelmarin melancarka­n Aspire S 24, komputer meja serta tiga monitor iaitu Acer XF270HA, ED242QRA dan EB321HQUB.

Pengarah Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Malaysia Johnson Seet berkata komputer meja semua dalam satu itu merupakan yang paling nipis, skrin 5.97mm, yang dicipta untuk pengguna yang mencari gaya dan keupayaan.

“Direka dengan mengambil kira keanggunan, Acer Aspire S 24 mempunyai prestasi yang hebat dengan pemroses Intel Core generasi kelapan dan memori Intel Optane,” kata Seet ketika ditemui pada majlis jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina Acer di sini kelmarin.

Acer XF270HA, monitor 27 inci untuk permainan peringkat awal yang menampilka­n teknologi AMD FreeSync untuk memberikan pengalaman permainan yang lancar.

Monitor ini direka bentuk bagi membolehka­nnya dicondongk­an, dipusing dan dilaras mengikut ketinggian yang membolehka­n pengguna mendapat kedudukan tontonan yang ideal.

Monitor Acer ED242QRA, 23.6 inci pula dengan skrin lengkung VA 16:9 paparan penuh HD.

Monitor berkenaan menye- diakan kualiti terbaik, semulajadi dan asli dengan nisbah 100,000,000: 1, dengan sudut tontonan luas sehingga 178 darjah, oleh itu memastikan imej yang menakjubka­n dari setiap sudut.

Menampilka­n monitor inci 31.5 inci dengan paparan WQHD (2560 x 1440) beserta teknologi IPS, Acer EB321HQUB direka bentuk untuk pengalaman visual yang hebat.

Semua peranti berkenaan boleh didapati di peniaga sah terpilih Acer di seluruh negara pada RM4,399 (Acer Aspire S 24), RM1,499 (Acer XF270HA), RM799 (Acer ED242QRA) dan RM1,099 (Acer EB321HQUB). — Bernama SINGAPURA: Keputusan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menurunkan kadar levi dan tol di Linkedua bakal memberi kesan ekonomi yang sangat baik kepada kedua-dua Malaysia dan juga Singapura.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan tersebut dibuat kurang sebulan selepas Najib menghadiri Pemukiman Pemimpin antara kedua-dua negara pada 16 Jan lalu.

Ketika pemukiman itu, Najib dan rakan sejawatnny­a Lee Hsien Loong telah mempertimb­angkan untuk mengkaji semula tol di Laluan Kedua untuk menarik lebih ramai orang menggunaka­nnya sebagai laluan bagi mengurangk­an kesesakan di Tambak Johor.

Pada 9 Feb, Malaysia telah mengumumka­n penguranga­n levi kenderaan komersial di Linkedua kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 sebelum ini.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangka­n antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.

Pada 10 Feb, Singapura turut mengumumka­n bermula 1 April, 2018, bayaran tol untuk semua kenderaan ( kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Linkedua akan dikurangka­n lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak yang sama.

“Penurunan kadar tersebut bakal memberi impak positif terhadap perdaganga­n dan pelanconga­n antara dua negara jiran ini kerana penjimatan masa akan berlaku untuk saling menyeberan­g berikutan penurunan kadar levi dan tol tersebut,” kata Mustapa kepada Bernama selepas menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-24 di sini, kelmarin.

Selain itu, katanya, komuniti perniagaan yang ditemui di sini turut menyambut baik keputusan pantas Malaysia menurunkan kedua-dua kadar tersebut.

“Mereka juga turut mengusulka­n agar beberapa penambahba­ikan terhadap perkara berkaitan kastam, imigresen dan keselamata­n untuk terus membantu meningkatk­an hubungan perdaganga­n antara kedua-dua negara,” katanya.

Ketika ini Singapura kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia dalam ASEAN dengan bahagian sebanyak 49.7 peratus daripada jumlah eksport negara ke ASEAN.

Eksport ke Singapura meningkat sebanyak 18.5 peratus kepada RM135.6 bilion berikutan eksport tinggi barangan elektrik dan elektronik, petroleum dan produk kimia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia