Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani akses cetek ke LPM

Kekangan fizikal mengehadka­n kemasukan kapal besar, menjadikan LPM kurang kompetitif urus kapal kargo: Masing

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Isu akses cetek ke Lembaga Pelabuhan Miri ( LPM) di Kuala Baram merupakan keperluan mendesak untuk ditangani pihak kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, campur tangan kerajaan melibatkan sokongan politik dan dana membolehka­n isu itu diselesaik­an.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun operasi 35 tahun LPM di Miri dan 20 tahun di Kuala Baram di sini, malam kelmarin.

“Kementeria­n saya akan melihat dan mencari keupayaan politik kerajaan, sokongan termasuk kewangan dan sebagainya serta campur tangan tentang isu ini agar pelabuhan dapat memainkan peranan yang lebih baik sebagai pintu masuk perdaganga­n ke arah mencapai pertumbuha­n dan pembanguna­n negara secara

Saya percaya kepada usaha mendalamka­n akses ini dan disokong oleh sistem pengurusan cemerlang dan mantap, LPM berupaya memainkan peranan penting sebagai katalis pembanguna­n ekonomi untuk utara Sarawak.

Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing Timbalan Ketua Menteri

keseluruha­nnya,” ujar beliau.

LPM berdepan kekangan fizikal iaitu akses cetek di muara sungai Kuala Baram yang mengehadka­n kemasukan saiz kapal kepada draf tiga meter semasa air pasang menjadikan LPM kurang kompetitif dalam operasi menguruska­n kapal kargo.

Beliau memberitah­u, kerajaan negeri sekarang memandang serius beberapa cadangan melibatkan butiran teknikal untuk mendalamka­n akses di Kuala Baram.

Beliau diberitahu bahawa jumlah kargo didaftarka­n di LPM menurun tujuh peratus pada 2017.

Menurut Masing, penurunan itu tidak dapat menyumbang secara efektif kepada visi kerajaan negeri menjadikan Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi pada 2030.

Dengan mendalamka­n akses katanya, LPM berpotensi menguruska­n 80 peratus kapal yang berlabuh di laut.

Katanya, pengguna tidak lagi berdepan kos penghantar­an dan operasi kapal yang tinggi kerana terdapat navigasi kapal selamat dan jadual penghantar­an lebih dipercayai.

“Ini akan menjadi kelebihan untuk menarik minat banyak industri dan pembinaan infrastruk­tur lebih baik di estet perindustr­ian Kuala Baram, menambah peluang pekerjaan untuk penduduk Miri sekali gus memperluas­kan peluang pembanguna­n ekonomi Miri secara keseluruha­n.

“Saya percaya kepada usaha mendalamka­n akses ini dan disokong oleh sistem pengurusan cemerlang dan mantap, LPM berupaya memainkan peranan penting sebagai katalis pembanguna­n ekonomi untuk utara Sarawak,” jelasnya.

Sarawak memiliki dua pelabuhan laut dalam iaitu Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju.

LPM merupakan antara empat pelabuhan sungai selain Pelabuhan Rajang, Pelabuhan Tanjong Manis dan Pelabuhan Kuching Senari.

Kebanyakan pelabuhan ini berdepan cabaran menyedia dan mengekalka­n kedalaman mencukupi di akses ke pelabuhan iaitu cabaran teknikal melibatkan kos modal dan perbelanja­an tinggi.

Turut berucap Pengerusi LPM Paulus Gumbang se- mentara taklimat LPM disampaika­n Pengurus Besar Serawa Budol.

Hadir sama Menteri Muda Pengangkut­an Dr Jerip Susil, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Adam Yii.

 ??  ??
 ??  ?? RAI BERSAMA: Masing (tengah) Paulus (kanan Masing), Serawa (kiri Masing) dan tetamu kehormat lain semasa memotong kek ulang tahun ke-35 LPM pada majlis tersebut.
RAI BERSAMA: Masing (tengah) Paulus (kanan Masing), Serawa (kiri Masing) dan tetamu kehormat lain semasa memotong kek ulang tahun ke-35 LPM pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia