Utusan Borneo (Sarawak)

Hak Sarawak yang dikembalik­an diumum pada Selasa ini

Untuk menjaga kepentinga­n negeri, kerajaan perlu mempunyai polisi yang beri manfaat besar kepada rakyat: Abg Johari

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka membuat satu pengumuman penting di Kuching pada 6 Mac ini berhubung pengembali­an hak-hak Sarawak daripada kerajaan persekutua­n di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pada 6 (Mac) nanti saya akan mengumumka­n sesuatu yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak. Tunggu pada 6 (Mac) nanti, kerana saya tidak mahu umum pada malam ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) pernah berkata bahawa akan mengembali­kan hak- hak Sarawak yang telah terhakis di bawah MA63.

“Kalau anda mahu mendengar pengumuman berita itu datanglah ke Kuching pada hari tersebut,” katanya semasa berucap pada ‘Unity Night’ sempena sambutan Cap Goh Meh di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Untuk menjaga kepentin- gan negeri ini, Abang Johari berkata kerajaan negeri perlu mempunyai polisi yang dapat memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

Oleh itu tegasnya, hanya parti- parti politik dari Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan termasuk Parti Rakyat Sarawak (UPP) adalah saluran yang betul untuk menentukan masa depan Sarawak.

Justeru, beliau sekali lagi menggesa dan memujuk Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh yang turut hadir pada majlis itu supaya bersatu demi menjaga kepentinga­n masyarakat Cina di negeri ini.

“Semasa saya menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negeri baru-baru ini, masyarakat Cina meminta saya supaya mencari jalan untuk menyatukan SUPP dan UPP.

“Saya akan cuba tetapi semuanya bergantung kepada komuniti Cina dan ahli politik ( Cina) perlu mempertimb­angkan kepentinga­n bangsa mereka,” katanya.

Beliau juga berkata, SUPP mempunyai tujuh kerusi Parlimen di seluruh Sarawak, manakala UPP mempunyai lima kerusi.

Oleh yang demikian katanya, beliau percaya jika kedua-dua parti berkenaan bergabung ia akan membentuk kekuatan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Adenan ( Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) pernah berkata, kalau kita kuat, KL (kerajaan persekutua­n) akan mendengar permintaan kita. Oleh itu, kalau Parlimen ini kita boleh bagi (tawan) 29, 30 atau 31 (kerusi) termasuk Sibu dan Lanang, kita boleh minta sesuatu daripada PM sebagai balasan,” ujarnya.

Di samping itu, Abang Johari berkata penyertaan masyarakat Cina dalam pembanguna­n infrastruk­tur dan ekonomi negeri ini amat diperlukan berikutan Sarawak menerima pelaburan berjumlah berbilion ringgit daripada pelabur dari China.

“Ya, kita menerima banyak pelaburan asing dari China kerana mereka tahu bahawa kita ada budaya percayamem­percayai.

“Malah mereka sanggup berkongsi teknologi untuk mendapatka­n tenaga hidrogen daripada sumber air kerana Sarawak mempunyai banyak sumber air yang boleh dimanfaatk­an.

“Jadi Sarawak boleh be- lajar daripada China kerana anda semua boleh berbahasa Mandarin. Oleh sebab itu, kita memerlukan masyarakat Cina,” katanya.

Hadir sama pengerusi penganjur Temenggung Dato Vincent Lau, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Presiden Persatuan Cina Bersatu (UCA) Kong Hian Khim, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu (SCCI) Dr Gregory Hii Sui Cheng dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Pada 6 (Mac) nanti saya akan mengumumka­n sesuatu yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak. Tunggu pada 6 (Mac) nanti, kerana saya tidak mahu umum pada malam ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TRADISI: Abang Johari (tengah), Dr Sim (kiri), Lau (dua kiri), Wong (dua kanan) dan Dr Annuar (kanan) memukul gendang sebagai simbolik perasmian sambutan majlis makan malam Cap Goh Mei di Sibu, malam kelmarin.
TRADISI: Abang Johari (tengah), Dr Sim (kiri), Lau (dua kiri), Wong (dua kanan) dan Dr Annuar (kanan) memukul gendang sebagai simbolik perasmian sambutan majlis makan malam Cap Goh Mei di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia