Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG aktif bantu tingkat kecemerlan­gan sekolah

-

MIRI: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif mampu membantu sekolah dalam meningkatk­an kecemerlan­gan akademik, imej dan identiti sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi Abdul Aziz Taiee berkata, usaha melahirkan pelajar berkualiti tidak harus dipikul oleh pihak sekolah sahaja, tetapi perlu melibatkan ibu bapa.

“PIBG memainkan peranan amat penting dalam membantu sekolah bukan hanya menerusi sumbangan dana tetapi juga dari sudut sokongan moral serta idea,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Anchi di sini, semalam.

Sebagai contoh katanya, kemudahan infrastruk­tur seperti tandas sekolah, bilik darjah serta kemudahan lain yang daif memerlukan perhatian ibu bapa.

“Jika di rumah anak-anak kita hidup dalam keadaan selesa, maka tidak mustahil mereka juga boleh membantu sekolah menyediaka­n kemudahan selesa,” katanya.

Keadaan sekolah yang selesa tambahnya, akan meningkatk­an motivasi pelajar seterusnya mampu menjayakan program transforma­si pendidikan nasional.

Abdul Aziz pada masa sama memuji inisiatif segelintir ibu bapa yang tampil secara sukarela membaiki kemudahan sekolah yang rosak.

“Perkara sebegini yang kita mahu iaitu ibu bapa prihatin dengan kekurangan sekolah serta mencari inisiatif menyelesai­kan masalah secara bersama,” jelasnya.

Pada masa sama, Abdul Aziz berharap ibu bapa tidak mengambil tindakan secara melulu jika anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin.

“Mengambil tindakan tidak sepatutnya seperti menjadikan isu itu tular di media sosial menunjukka­n kegagalan dalam bermuafaka­t dengan pihak sekolah.

“Ibu bapa perlu datang dan berjumpa dengan pihak sekolah untuk berbincang sama ada berkaitan dengan soal pendidikan anak-anak, masalah disiplin dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Anchi Khairul Amri Ahmad berkata, PIBG telah merancang pelbagai program sepanjang tahun lalu.

Ia melibatkan Gotong-Royong Perdana, Program Bersamamu, Majlis Ramah- Tamah Gawai Raya, Sukan Tahunan dan Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang.

Khairul yakin lebih banyak program akan dilaksanak­an tahun ini melibatkan ibu bapa, guru dan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia