Utusan Borneo (Sarawak)

Dynamic Diesel Euro 5 penuhi keperluan warga Sarawak

Inovasi bahan api bebas sulfur, kurang asap daripada Petronas pasti signifikan apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Petronas Dynamic Diesel Euro 5 yang berteknolo­gi baharu, bebas sulfur dan kurang asap dilihat mampu memenuhi keperluan kenderaan di negeri ini yang menggunaka­n banyak bahan api diesel khususnya apabila siapnya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo pada masa hadapan.

Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pelancaran bahan api itu yang pertama di Bintulu serta bakal diperluask­an ke Miri dan bandar-bandar lain di negeri ini amat ditunggutu­nggu kerana banyak kenderaan di sini yang menggunaka­n diesel.

“Apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo nanti, dijangka lebih ramai pemandu kenderaan berada di jalan raya sekali gus bahan api diesel dan teknologi baharu yang baik amat diperlukan.

“Diesel bebas sulfur yang dihasilkan ini akan membantu mengurangk­an pengeluara­n asap penyebab pencemaran,” ujarnya semasa pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Pro- Drive untuk Sarawak oleh Petronas Dagangan Berhad ( PDB) di Stesen Petronas Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commercial Centre di sini, semalam.

Justeru, Dr Rundi berkata usaha Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang efektif untuk mengurangk­an pengeluara­n asap dan pencemaran melalui produk yang dihasilkan khususnya di Sarawak amat diihargai.

Beliau berkata, produk diesel terbaharu itu memain peranan besar pada masa depan kerana pengguna ken-

Apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo nanti, dijangka lebih ramai pemandu kenderaan berada di jalan raya sekali gus bahan api diesel dan teknologi

diperlukan. ” baharu yang baik amat Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

deraan diesel, pikap, lori dan sebagainya di negeri ini akan melalui tempoh pemanduan yang lama dan perjalanan jauh apabila menggunaka­n Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya berterima kasih kepada Petronas atas usaha mereka untuk memastikan keluaran produk yang dihasilkan memberi pemanduan lebih jauh serta selamat dan lancar,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, perkara pertama Petronas memperkena­lkan bahan api tersebut untuk meningkatk­an keluaran produk mesra alam.

Katanya, Diesel Euro 5 diperkenal di Semenanjun­g Malaysia pada November tahun lepas yang mana beberapa penambahba­ikan logistik serta teknikal dalam beberapa peringkat dilakukan. “Selain pelancaran di Bintulu dan Miri pada akhir Mac seterusnya penghujung tahun ini saya harap 20 stesen di Kuching akan turut menyediaka­nnya,” tambahnya.

Beliau berkata, perkara kedua ditekankan ialah te- knologi produk hijau antara bahan api premix dihasilkan menggunaka­n teknologi Formula One dan bahan api tersebut adalah sebahagian daripada hasil kerjasama dengan Rali Dakar.

“Apa yang dilihat hari ini (produk diesel baharu) bukan formula untuk keadaan semasa tetapi yang ekstrem.

Saya berharap mendapat maklum balas daripada pemandu dengan kami menawarkan bahan api yang dipertingk­at untuk memberikan pemanduan lancar, bersih dan lebih efisien, cekap serta jimat.

“Memberi kefahaman kepada pengguna hari ini amat penting dan inilah sebabnya kami menawar serta memastikan pengguna dapat melalui pengalaman pemanduan yang lebih baik,” katanya.

Turut hadir Ketua Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak mer- angkap Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri Abdul Hafidz Abdul Rahim, Pengurus Besar Petronas Pejabat Wilayah Sarawak Shamsur Taha dan Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB Aadrin Azly.

Beberapa selebriti seperti Hafiz Suip, Jasmine Suraya Chin, Muhammad Iqbal dan Firdaus Affandi turut memeriahka­n majlis pelancaran itu.

Turut diadakan pelepasan konvoi 30 kenderaan pacuan empat roda disertai 60 peserta ‘Experience to Believe’ (E2B) berbentuk program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ke Rumah Ado antara 180 hingga 200 kilometer dari Bintulu-Simpang SamarakanS­amarakan-Kakus-Tatau dan Bintulu.

Taklimat produk oleh Ketua Pemasaran Runcit Bahagian Perniagaan Runcit PDB Abang Jimmy Abang Mordian juga diadakan.

Prestasi unggul diesel baharu itu disumbangk­an oleh Pro Drive, kombinasi diesel asas bermutu tinggi Petronas dan rumusan khas bagi memenuhi keperluan enjin diesel pada masa kini.

Teknologi Pro Drive ini dicipta menerusi pengalaman serta kerjasama Petronas dengan IVECO syarikat pengeluar kenderaan industri Itali yang menghasilk­an formula kemenangan kepada pasukan Petronas De Rooy IVECO yang bersaing dalam Rali Dakar.

Rali ini diiktiraf antara perlumbaan ‘off-road’ paling sukar di dunia.

Berdasarka­n ujian makmal, bahan api itu menghapusk­an benda asing dan melindungi penyuntik dengan membolehka­nnya membersih enjin secara berkesan bagi memastikan kecekapan enjin optimum.

Berbanding diesel lain yang terdapat di pasaran, bahan api ini dengan Pro Drive merekodkan jumlah ‘cetane’ (hidrokarbo­n cecair tidak berwarna dari siri alkane, yang digunakan sebagai pelarut) paling tinggi.

Ini membantu memperbaik­i pembakaran untuk pemanduan lancar, pelepasan asap bersih dan enjin yang lebih senyap di samping memiliki nilai pemanasan yang lebih tinggi dan menggunaka­n lebih banyak tenaga per kilogram bahan api untuk penjimatan minyak.

 ??  ?? PELEPASAN: Dr Rundi (kanan) dan Syed Zainal (kiri) serta tetamu lain dan selebriti melepaskan peserta konvoi ‘Experience to Believe.’
PELEPASAN: Dr Rundi (kanan) dan Syed Zainal (kiri) serta tetamu lain dan selebriti melepaskan peserta konvoi ‘Experience to Believe.’
 ??  ?? LANCAR: Dr Rundi bersama (dari kiri) Abdul Hafidz, Syed Zainal, Shamsur, Aadrin (kanan) serta selebriti melakukan simbolik pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Pro-Drive.
LANCAR: Dr Rundi bersama (dari kiri) Abdul Hafidz, Syed Zainal, Shamsur, Aadrin (kanan) serta selebriti melakukan simbolik pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Pro-Drive.
 ??  ?? INOVATIF: Dr Rundi bersama (dari kiri) Shamsur, Syed Zainal, Abdul Hafidz dan Aadrin melakukan simbolik pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Pro-Drive.
INOVATIF: Dr Rundi bersama (dari kiri) Shamsur, Syed Zainal, Abdul Hafidz dan Aadrin melakukan simbolik pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Pro-Drive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia