Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki gagal seludup keluar 300 kotak minyak masak

-

TAWAU: Cubaan dua lelaki, seorang daripadany­a warga Indonesia, menyeludup keluar 300 kotak minyak masak ke negara jiran melalui perairan Logpond dekat sini pagi tadi gagal selepas ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau yang sedang menjalanka­n Ops Gasak Laut.

Pengarah Maritim Daerah Tawau Kapten Maritim, Romli Mustafa berkata pihaknya yang menjalanka­n rondaan di kawasan tanggungja­wab menahan sebuah bot jongkong mencurigak­an kira-kira jam 8.30 pagi yang dipercayai sedang menuju masuk ke Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik Indonesia.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut terhadap bot itu menemui 300 kotak minyak masak ‘Cap Daun’ yang dianggarka­n bernilai RM13,260.

“Seorang juragan tempatan berumur 27 tahun dan awak-awak warga Indonesia berumur 32 tahun serta barang rampasan minyak dan bot diiring ke Jeti APMM Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Romli berkata kes itu diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Cawangan Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi 1 juta ringgit atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Romli turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelanggara­n undang-undang supaya menghubung­i Maritim Malaysia melalui talian hotline 089-752115 atau MERS 999. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia