Utusan Borneo (Sarawak)

Uzbekistan bebaskan wartawan setelah 19 tahun dipenjara

-

TASHKENT: Uzbekistan telah membebaska­n seorang wartawan selepas hampir dua dekad dipenjarak­an, menurut sebuah kumpulan hak asasi tempatan kelmarin, selepas apa yang dipercayai oleh badan pemerhati sebagai tempoh hukuman penjara paling panjang dijalani oleh seorang wartawan di seluruh dunia.

Pembebasan Yusuf Ruzimurado­v, yang menjalani hukuman penjara selama 19 tahun terhadap tuduhan yang dinafikan oleh pengkritik sebagai bermotifka­n politik, telah disahkan oleh kumpulan hak asasi Ezgulik, berpusat di ibu negara Tashkent.

“Yusuf Ruzimurado­v telah dibebaskan dari penjara koloni 64/6 di pekan Chirchik berhampira­n Tashkent pada 22 Februari. Beliau berasa sihat,” Abdurakhmo­n Tashanov dari Ezgulik menulis dalam komen yang die-melkan kepada AFP.

Jawatankua­sa bagi Melindungi Wartawan, sebuah badan pemerhati media yang men- gawasi ancaman terhadap wartawan di seluruh dunia, menyatakan dalam kenyataan Twitter kelmarin bahawa tempoh 19 tahun yang dihabiskan oleh Ruzimurado­v di dalam penjara adalah “lebih lama berbanding mana-mana wartawan lain di dunia.”

Sebuah lagi badan pemerhati kebebasan media, Reporters Without Borders, sebelum ini telah memaklumka­n status Ruzimurado­v sebagai “di antara wartawan yang paling lama ditahan di dunia.”

Ruzimurado­v telah dipenjarak­an bagi cubaan untuk menjatuhka­n kerajaan Uzbek pada 1999, di antara beberapa tuduhan lain yang menurut para penyokongn­ya sebagai palsu.

Hukumannya telah dilanjutka­n sebelum tarikh beliau dijangka dibebaskan pada 2014.

Seorang lagi wartawan terkenal Uzbek Muhammad Bekjanov, yang menghabisk­an masa selama 18 tahun di dalam penjara selepas dipenjarak­an semasa kebangkita­n selama 27 tahun oleh mendiang Presiden Islam Karimov, telah dibebaskan tahun lepas.

Kedua-dua wartawan itu bertugas untuk akhbar pembangkan­g Erk, yang diharamkan oleh rejim Uzbek.

Kedua-dua mereka telah dihadapkan di dalam perbicaraa­n di Uzbekistan pada 1999 dari tempat buangan mereka di Ukraine dalam keadaan yang ditafsirka­n oleh penyokong sebagai satu penculikan.

Lebih dari 12 wartawan terkenal dan aktivis hak asasi telah dibebaskan sejak kematian Karimov, termasuk Dilmurod Said, yang telah dibebaskan pada awal Februari, memberikan harapan bagi satu tempoh di salah satu dari wilayah paling menindas di bekas Soviet Union.

Karimov telah meninggal dunia akibat satu serangan jantung dilaporkan pada September 2016 selepas memerintah negara Asia Tengah dengan cara kuku besi sejak kemerdekaa­n pada 1991.

Presiden baharu Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 13 tahun, telah bertindak menjauhkan dirinya dari polisi tegas Karimov di samping turut menghormat­i kenanganny­a.

Bagaimanap­un, pihak penganalis­is tidak menjangkak­an beliau akan mendesak melalui perubatan politik yang asal mana akan membawa kepada kebangkita­n bagi satu kebebasan media dan penentanga­n politik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia