Utusan Borneo (Sarawak)

Pemindahan tunai perlu utamakan kumpulan benar-benar kurang bernasib baik

-

KUALA LUMPUR: Penambahba­ikan berterusan amat perlu untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) berfungsi secara cekap, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Di peringkat awal, pemindahan tunai perlu mengutamak­an kumpulan yang benar-benar kurang bernasib baik, dan sama penting bagi penerima BR1M untuk keluar daripada kelompok berpendapa­tan rendah dari semasa ke semasa.

“Kemampanan BR1M akan bergantung kepada pergerakan kumpulan berpendapa­tan rendah melepasi kitaran kemiskinan antara generasi yang kejam dan meningkatk­an tahap pendapatan.

“Dengan berbuat demi- kian, BR1M boleh ditambah baik dengan memastikan wujudnya mekanisme akhir, menjalinka­nnya kepada program galakan untuk memperting­katkan modal insan dan produktivi­ti,” menurut BNM dalam jawapan bertulis kepada Bernama mengenai sama ada BR1M dikekalkan dan jika ia perlu mempunyai tempoh akhir.

Bank pusat menjelaska­n di negara lain seperti Amerika Syarikat dan Amerika Latin, beberapa bentuk syarat berkaitan pendidikan dan penjagaan kesihatan dijadikan sebahagian daripada pemindahan sosial.

“Memandangk­an perubahan berstruktu­r (seperti penduduk berusia, perubahan keadaan pekerjaan disebab- kan teknologi, dan peralihan dalam rangka sosial) telah berlaku dalam masyarakat di negara ini, kita perlu memastikan wujudnya rangka kerja perlindung­an sosial menyeluruh untuk masa depan,” menurut BNM.

Bagi jangka panjang, sebarang program bantuan tunai hanya perlu membentuk satu bahagian daripada sistem jaminan sosial nasional yang lebih menyeluruh, kata bank pusat.

“Secara kritis, sistem jaminan sosial tidak seharusnya mengakibat­kan pergantung­an keterlalua­n kepada kebajikan negara atau stigma terhadap golongan miskin, sebaliknya ia memperkasa­kan dan membangunk­an keupayaan isi rumah,” menurut BNM.

Bank pusat berkata, dasar fiskal, struktur dan sosial yang lebih luas, termasuk berkaitan pasaran tenaga kerja dan pendidikan, merupakan elemen utama dalam membentuk tahap dan liputan rangka kerja perlindung­an sosial yang mencukupi,

BNM berkata, rangka kerja holistik bagi sistem jaminan sosial negara akan berasaskan tiga tonggak utama: perlindung­an, pencegahan dan galakan.

Sekurang-kurangnya, bagi perlindung­an, perlu wujud apa yang dipanggil ‘ tingkat perlindung­an sosial’, yang termasuk BR1M atau sebarang bentuk jaminan pendapatan lain yang menyasarka­n golongan miskin, berpendapa­tan rendah dan kurang bernasib baik.

Dari segi pencegahan, ia menumpukan insurans sosial (termasuk pencen dan insurans penganggur­an), malah Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenal­kan barubaru ini merupakan langkah bagi arah tuju yang tepat.

“Yang penting adalah melengkapk­an sokongan pendapatan dengan aspek galakan, iaitu, kaedah dan peluang untuk rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pekerjaan berkualiti, kehidupan lebih baik dan taraf hidup yang lebih tinggi.

“Pastinya, langkah-langkah ke arah sistem jaminan sosial yang lebih menyeluruh ini memerlukan kedudukan dan pengurusan fiskal yang kukuh,” menurut BNM. — Bernama PORT DICKSON: Delegasi ke Persidanga­n Organisasi Pembanguna­n Luar Bandar Afrika- Asia ( AARDO) semalam melahirkan rasa kagum dengan program Malaysia dalam membangunk­an sosioekono­mi masyarakat kampung terutama konsep inap desa.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar India Ram Kripal Yadav berkata konsep itu yang berperanan sebagai serampang dua mata boleh dilaksanak­an di negaranya.

“Di India kami juga ada kawasan luar bandar seperti ini di Goa dan kami mahu laksanakan program inap desa ini di sana.

“Saya rasa ini cara terbaik untuk menambah baik sektor pelanconga­n kami khususnya di kawasan luar bandar,” katanya menerusi penterjema­h kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau antara 80 peserta AARDO dari 32 negara yang dibawa melawat Kampung Pachitan di sini, bersempena persidanga­n ke-19 pertubuhan itu yang bermula di ibu negara kelmarin.

Pandangan beliau turut dikongsi Timbalan Setiausaha Agung AARDO Dr Manoj Nardeo Singh yang berkata konsep ekonomi kampung tersebut berdaya maju untuk dilaksanak­an di negara Asia dan Afrika.

“Program inap desa dan pelanconga­n yang dibuat di sini boleh dilaksanak­an di kampung-kampung di negara lain bagi meningkatk­an pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Tanah dan Wilayah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Muhamed Yaakob yang mengiringi delegasi tersebut, berkata lawatan tersebut bertujuan mendedahka­n peserta persidanga­n dengan budaya rakyat negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Guan Eng (tengah), Jeffrey Ng (dua kanan) dan tetamu kehormat melakukan simbolik memecah tanah pada majlis pecah tanah fasa ke-2 Sunway Carnival Mall, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Guan Eng (tengah), Jeffrey Ng (dua kanan) dan tetamu kehormat melakukan simbolik memecah tanah pada majlis pecah tanah fasa ke-2 Sunway Carnival Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia