Utusan Borneo (Sarawak)

CORBUSIER TEAM KUCHING ‘KUASAI’ TREK

Laurel rangkul juara elit, catat masa terpantas mengunggul­i Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Laurel Lauridsen Adrian (Corbusier Team Kuching) mengunggul­i Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018 untuk merangkul juara elit dengan masa terpantas 2:08.41s mengenepik­an cabaran 11 peserta lain di trek perlumbaan berbukit di sini semalam.

Pelumba mengekori rapat sekali gus meraih kedudukan tempat kedua dengan hanya dipisahkan masa empat minit sembilan saat ialah Mohd Razif Mohd Salah dari Johor dengan catatan masa 2:13.31s.

Diikuti tempat ketiga diraih oleh Charles Kin Diking juga dari Corbusier Team Kuching.

Kedudukan keempat hingga ke- 12 turut menerima hadiah masing-masing dalam saingan perlumbaan anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta mendapat tajaan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, saingan Masters untuk umur 40 tahun ke atas menyaksika­n Supian Nor juga dari Corbusier Team Kuching muncul juara dengan mencatat masa terpantas 1:20.24s.

Kedudukan kedua sebagai pencabar utama kategori itu diraih Osaman Abdul Malik (Saxon Team) mencatat masa 1:22.24s manakala Mazran Md Jamin pelumba individu menduduki tempat ketiga

Kami ingin menjadikan kejohanan ini lebih popular, menarik dan lebih ramai peserta menyertain­ya tetapi sekiranya tidak memberi manfaat dikehendak­i secara meluas saya fikir mungkin perlu disemak semula objektifny­a terutama sambutan diterima daripada peserta dan orang ramai.

Rodziah Morshidi Pengurus Besar BDA

mencatat masa 1:28.36s.

Perlumbaan kategori junior (19 tahun ke bawah) menyaksika­n Ivan Ong (Giant Bicycle) meraih kejuaraan dengan mencatat masa terpantas 1:19.52s.

Lee Zhong Xin ( TCS Team) menyandang tempat kedua dengan catatan masa 1:22.51s dan Lim Chia Hsien (Giant Bicycle) meraih tempat ketiga dengan catatan masa 1:26.37s.

Juara terbuka wanita menjadi milik Herozie Dollah dengan catatan masa 52.38s. Diikuti tempat kedua diraih Nurazira Bolhasan dengan catatan masa 53.43s.

Kedudukan ketiga diraih Siti Faridah Ajek dengan masa 57.06s.

Kategori tertutup Bintulu menyaksika­n kejuaraan milik Hii Yu Heng (H2 Cycle) manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang Mohd Adham Mohd Arif (H2 Cycle) dan Mohamad Jaya Rosidi (Kumbang Beracun).

Hadiah pemenang berupa piala dan wang tunai disampaika­n oleh Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi, Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) Wan Ibrahim Wan Ali dan Penolong Pengurus Besar (Khidmat Teknikal), Abdul Rahim Abdullah.

Rodziah berkata, penyertaan peserta bertambah dari 118 orang tahun lalu kepada 178 orang tahun ini dan sekiranya sasaran penyertaan tidak memuaskan akan disemak semula program ini.

“Kami ingin menjadikan kejohanan ini lebih popular, menarik dan lebih ramai peserta menyertain­ya tetapi sekiranya tidak memberi manfaat dikehendak­i secara meluas saya fikir mungkin perlu disemak semula objektifny­a terutama sambutan diterima daripada peserta dan orang ramai,” katanya pada penutupan kejohanan itu di Wisma Bintulu semalam.

Beliau berkata, selaku agensi agak besar di Bintulu, pihaknya sedaya upaya memikirkan melaksanak­an aktiviti sukan di sini sebagai acara memupuk masyarakat sihat, ceria dan prihatin.

Justeru, Rodziah menyeru semua pihak agar menjaga kebersihan bandar Bintulu memandangk­an BDA melancarka­n kempen anti kutu sampah tahun ini sekali gus berharap warga Bintulu dan para pengunjung ke bandar ini dapat terlibat sama menjayakan kempen menjaga kebersihan Bintulu.

“Kami turut prihatin dengan aktiviti sukan dan di samping aktiviti seumpa- manya, kami juga menganjurk­an aktiviti sukan golf, badminton, larian separa marathon dan berharap melaluinya kami mampu membentuk Bintulu sebagai sebuah bandar popular dengan aktiviti sukan,” jelasnya.

Katanya, pada 2016 Bintulu adalah bandar kedua paling kerap dikunjungi di Sarawak selepas Kuching daripada maklumat yang diterima daripada Kementeria­n Pelanconga­n.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA: Rodziah (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Laurel yang muncul juara kategori elit Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018 di Bintulu semalam.
JUARA: Rodziah (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Laurel yang muncul juara kategori elit Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018 di Bintulu semalam.
 ??  ?? PEMENANG: Pemenang Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018 bersama Rodziah, Wan Ibrahim, Abdul Rahim (tengah) dan tetamu lain semalam.
PEMENANG: Pemenang Kejohanan Mountain Bike Challenge 2018 bersama Rodziah, Wan Ibrahim, Abdul Rahim (tengah) dan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia