Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Syria tingkat kempen di Ghouta

Orang awam terus menjadi mangsa kekejaman di wilayah timur Damsyik itu

-

BEIRUT: Pasukan tentera rejim Syria merampas wilayah dalam kawasan pemberonta­k Ghouta Timur di Syria kelmarin, memperting­katkan kempen ketenteraa­n ketika puluhan ribu orang awam dalam kawasan yang dikepung berhampira­n Damsyik menunggu bantuan yang sangat diperlukan.

Di barisan hadapan lain dalam perang sivil tujuh tahun di Syria, serangan udara Turki mengorbank­an 36 pejuang prorejim di kawasan Kurdis berhampira­n dengan sempadan Turki.

Peperangan di Syria telah mengorbank­an lebih 340,000 nyawa dan bertukar menjadi konflik kompleks melibatkan beberapa kuasa dunia sejak ia bermula pada 2011 dengan penindasan kejam bantahan antikeraja­an.

Pasukan rejim yang disokong Rusia sejak 18 Februari mengorbank­an lebih 640 orang awam, termasuk lebih 150 kanak-kanak, dalam siri pengeboman kejam di Ghouta Timur, salah satu kubu kuat pembangkan­g bersenjata di negara ini.

Selepas gelombang maut serangan udara dan pembedilan, pertempura­n di kawasan itu semakin tegang sejak beberapa hari lepas, dan rejim kini mengawal 10 peratus wilayah Ghouta Timur yang dikepung, menurut Syrian Observator­y for Human Rights lewat kelmarin.

Pasukan tentera rejim telah bertindak menghampir­i sejak Khamis, menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain itu sebelum ini, setelah menawan semula empat kawasan di timur dan tenggara kawasan termasuk dua pangkalan udara.

“Pasukan tentera rejim dan sekutu mereka memperting­katkan serangan ke atas kedudukan pemberonta­k dalam tempoh 48 jam lepas,” ketua Observator­y Rami Abdel Rahman berkata.

“Pengganas tidak lama lagi akan merasai kekalahan di Ghouta,” tegas Timbalan Menteri Luar Negara Syria Ayman Soussan.

Seramai 400,000 penduduk di Ghouta Timur hidup dalam kepungan sejak 2013, berdepan masalah kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang teruk malah sebelum serangan terbaharu.

Pertempura­n di darat muncul selepas Rusia pada Selasa lepas memulakan masa rehat kemanusiaa­n setiap hari selama lima jam di kawasan tersebut, satu tindakan yang lebih singkat berbanding gencatan senjata 30 hari yang dituntut Majlis Keselamata­n PBB.

Kekuatan pengeboman mulanya kurang namun berterusan sehingga meragut nyawa, dan trak yang dipenuhi dengan bantuan yang sangat diperlukan masih lagi tidak dapat memasuki kawasan tersebut.

Ribuan orang awam bertahan dengan stok bahan asas dan kakitangan perubatan berusaha merawat mangsa yang cedera dengan bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap situasi kemanusiaa­n di kawasan itu dalam perbualan mereka lewat kelmarin, menurut kenyataan Istana Elysee.

“Konvoi PBB harus segera menghantar bantuan perubatan dan bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan,” menurut Presiden Perancis.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB menangguhk­an pengundian pada Jumaat mengenai resolusi British mengecam krisis di Ghouta Timur, selepas negara anggota lain gagal untuk bersetuju dalam ujian terakhir.

Moscow menawarkan laluan selamat untuk orang awam yang ingin meninggalk­an kawasan berkenaan semasa tempoh rehat, namun tiada orang awam Syria kelihatan sejak Selasa, menurut Observator­y.

Pihak tentera Rusia menyatakan tiada orang awam yang keluar melalui koridor yang disediakan kelmarin.

Pejuang kerajaan cuba bertindak dalam Ghouta Timut memutuskan pekan utama Douma dan kawasan sekitarnya di bahagian utara kawasan termasuk mengasingk­an kawasan tenggara Al- Marj, Abdel Rahman berkata.

Jaish al- Islam, kumpulan pembangkan­g utama di wilayah ini, menuduh tentera rejim sebagai melakukan polisi darat kejam ketika bergerak menghampir­i kawasan pembangkan­g.

Di bahagian barat laut negara, terdapat lebih banyak pertumpaha­n darah dalam serangan kira- kira enam minggu oleh Turki dan pejuang sekutunya menntang militia Kurdis yang kini disokong pasukan tentera prokerajaa­n Syria.

Serangan udara Turki mengorbank­an sekurang-kurangnya 36 pejuang prorejim yang berjuang di samping pihak Kurdis di kawasan Afrin kelmarin, jelas Observator­y.

Bangunan dua tingkat di mana pejuang dikesan telah musnah sepenuhnya, menurut laporan koresponde­n AFP, dengan beberapa kenderaan yang hangus terbakar kelihatan di antara runtuhan.

Observator­y menyatakan serangan ke atas kawasan Kafr Janna merupakan serangan ketiga terhadap pejuang yang setia di kawasan bersempada­n dengan Turki dalam tempoh kurang 48 jam.

Mereka muncul selepas serangan Turki ke atas bahagian lain di kawasan ini mengorbank­an 14 pejuang prorejim pada Khamis lepas dan empat lagi pada Jumaat, menurut badan pemerhati.

Pejuang pembangkan­g Syria yang diketuai Turki pada 20 Januari melancarka­n serangan ke atas Afrin, dikawal Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis Syria (YPG).

Observator­y menyatakan pasukan tentera yang diketuai Turki telah mengawal lebih 20 peratus kawasan selepas merampas kawasan Rajo di barat laut Afrin kelmarin.

Ankara menyatakan YPG merupakan sambungan pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang sudah tiga dekad memerangi kerajaan Turki.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GANAS: Tentera udara Syria terus meningkatk­an serangan ke atas bandar pemberonta­k Hamouria di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.
— Gambar AFP GANAS: Tentera udara Syria terus meningkatk­an serangan ke atas bandar pemberonta­k Hamouria di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Mariam Othman, 10, yang diselamatk­an dari runtuhan bangunan yang dibedil jet pejuang rejim, duduk di atas katil hospital dalam keadaan separuh mukanya hancur bersama seorang kanak-kanak yang menangis di klinik sementara dalam bandar pemberonta­k...
— Gambar AFP MALANG: Mariam Othman, 10, yang diselamatk­an dari runtuhan bangunan yang dibedil jet pejuang rejim, duduk di atas katil hospital dalam keadaan separuh mukanya hancur bersama seorang kanak-kanak yang menangis di klinik sementara dalam bandar pemberonta­k...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia