Utusan Borneo (Sarawak)

DERITA TUJUH JAM PATAH KAKI JATUH GUNUNG

-

BAU: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih tujuh jam selepas terjatuh dari ketinggian lima meter sebelum dihempap batu mengakibat­kan kakinya patah ketika mendaki Gunung Sebua, dekat Kampung Skiat, Jalan Jambusan di sini semalam.

Mangsa, Sim Lian Yung, 52, sebelum itu mendaki gunung tersebut bersama 15 rakan pendaki lain.

Difahamkan ketika berada di Tahap 4, mangsa dipercayai terpijak batu yang tidak kukuh sebelum terjatuh dari kecuraman 75 darjah lalu menghempap batu.

Susulan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan dada selain patah kaki.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak (JBPM) Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.18 pagi.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi insiden yang turut disertai Ketua Balai BBP Bau Ebby Hirwandy Sarbini.

Operasi menyelamat mangsa turut membabitka­n Pasukan Pelbagai Kemahiran (MUST) dan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (STORM) serta beberapa agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat.

Menurut Tiong, pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira jam 1.15 petang dan memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun ke kaki gunung.

“Mangsa berjaya dibawa keluar menggunaka­n peralatan menyelamat oleh pihak bomba dengan agensi lain.

“Manakala rakan pendaki lain juga berjaya keluar dengan selamat dan sampai di kaki gunung pada jam 5.30 petang,” katanya.

Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam insiden berasingan, 10 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Tanah Putih Endap dekat Kota Samarahan musnah dalam kebakaran, semalam.

Pemilik, Aris Nor bersama ahli keluarga yang lain hanya sempat menyelamat­kan diri ketika insiden malang itu, bagaimanap­un kesemua mangsa selamat.

Operasi pemadaman api melibatkan BBP Kota Samarahan dan BBP Siburan.

 ??  ?? JATUH: Mangsa patah kaki selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Sebua di Bau.
JATUH: Mangsa patah kaki selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Sebua di Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia