Utusan Borneo (Sarawak)

Empat PATI cuba keluar dari Sarawak ditahan

Mereka cuba keluar melalui jalan tikus kira-kira 200 meter dari sempadan Tebedu-Indonesia semalam

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

TEBEDU: Empat pendatang asing tanpa izin ( PATI) termasuk seorang kanakkanak berusia enam tahun ditahan kerana cuba keluar dari Sarawak melalui jalan tikus kira-kira 200 meter dari sempadan Tebedu-Indonesia di sini semalam.

Kesemua mereka berusia antara 6 hingga 43 tahun ditahan sekitar jam 10 pagi semasa dalam perjalanan menggunaka­n laluan tikus berhampira­n Inland Port Tebedu, Serian.

Pegawai Memerintah 11 RAMD Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad berkata kumpulan PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah yang dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

“Penahanan itu dibuat oleh Kumpulan Serkap Kompeni C, 11 RAMD Kem JPG Tebedu yang melaksanak­an Ops Awas di kawasan berhampira­n.

“Pada 4 Mac lalu, Kumpulan Serkap seramai lima

Penahanan itu dibuat oleh Kumpulan Serkap Kompeni C, 11 RAMD Kem JPG Tebedu yang melaksanak­an Ops Awas di kawasan berhampira­n.

Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad Pegawai Memerintah 11 RAMD

anggota yang diketuai Sarjan Mohamad Zaidi Mehad telah melaksanak­an operasi di lorong tikus, di kawasan berhampira­n Inland Port Tebedu pada jarak lebih kurang 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya.

Pada operasi itu, empat PATI warganegar­a Indonesia dilihat sedang berjalan melalui lorong tikus berhampira­n sempadan Malaysia-Indonesia menghala ke arah Indonesia sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaa­n yang dibuat, Salmi berkata semua PATI tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan cuba menyeberan­gi sempadan menggunaka­n lorong tikus.

“Selepas soal siasat, di- dapati semua PATI dewasa tersebut bekerja di Ladang Sawit di Bintulu dan ingin pulang ke Indonesia.

“Kesemua PATI menaiki kereta awam dari Bintulu dan berhenti di pekan Serian seterusnya menaiki van sewa dari Serian kemudian berhenti di kedai makan yang jaraknya lebih kurang 1.5km dari sempadan.

Tambahnya, PATI tersebut ditahan kerana menggunaka­n laluan yang tidak dibenarkan untuk tujuan keluar dan masuk di antara dua negara.

“Kesemua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tebedu sebelum diserahkan kepada pihak Imigresen Tebedu untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? SIASAT: Anggota Kompeni C 11 RAMD ketika menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap empat PATI yang cuba keluar menggunaka­n laluan tikus di sempadan Malaysia-Indonesia.
SIASAT: Anggota Kompeni C 11 RAMD ketika menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap empat PATI yang cuba keluar menggunaka­n laluan tikus di sempadan Malaysia-Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia