Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak: Lelaki parah, dua rakannya melarikan diri

-

SIBU: Seorang lelaki parah manakala dua rakannya berjaya melarikan diri setelah dirompak oleh dua lelaki di khemah pekerja di Batu 8, Jalan Oya Lama di sini malam kelmarin.

Mangsa cedera parah yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala dikenali Hanthelly Anthony, 24, manakala dua rakan sekerjanya dikenali Remisan Wandy Sandah, 20, dan Serang Ngumbang, 55, melarikan diri dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam itu.

Berdasarka­n siasatan awal polis, dua suspek melakukan rompakan itu dipercayai lelaki Bumiputera tempatan kerana bertutur dalam dialek Melayu Sarawak.

Salah seorang mangsa memaklumka­n kepada majikannya mengenai kejadian itu. Hanthelly dikatakan cuba melawan namun dicederaka­n oleh dua suspek terbabit.

Siasatan awal lagi memberitah­u majikannya bergegas ke tempat kejadian dan menghantar mangsa ke hospital.

Tempat kejadian merupakan khemah pekerja dijadikan tempat tinggal sementara. Semua pekerja menjadi mangsa merupakan pekerja pembinaan menara elektrik.

Siasatan awal mendapati pada masa kejadian dua pekerja masuk tidur manakala mangsa (Hanthelly) masih bermain dengan telefonnya.

Kemudian mereka didatangi dua suspek dikatakan membawa objek tajam.

Melihat kelibat suspek itu, dua mangsa melarikan diri dan apabila kembali ke khemah itu mereka mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa mendapat sebanyak 32 jahitan di bahagian kepala dengan kesan keced- eraan lima tetakan.

Doktor mengesahka­n keadaan mangsa kritikal dan akan menjalani pembedahan segera akibat pendarahan dalaman di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n kes terbabit.

“Ini merupakan kes mendatangk­an kecederaan semasa melakukan rompakan berkumpula­n.

Jumlah kerugian dianggarka­n RM400.

“Kita masih menjalanka­n siasatan dan gerakan mengesan dua suspek terlibat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia