Utusan Borneo (Sarawak)

Wajar diambil perhatian ketika menuju era Revolusi Industri 4.0

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak perlu terus berfikiran secara kreatif dan berinovasi dalam mengubah landskap pembanguna­n negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, perkara itu wajar diambil perhatian lebih-lebih lagi ketika menuju era Revolusi Industri 4.0.

“Perubahan ekonomi global yang semakin mendadak terutama dalam era digital masa kini memaksa kita (Sarawak) mencari kaedahkaed­ah baharu dalam semua aspek pembanguna­n.

“Ini bermakna, perancanga­n dan pelaksanaa­n transforma­si ekonomi digital secara kreatif dan berinovasi menjadi kunci utama untuk memastikan Sarawak tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n itu,” katanya.

Justeru katanya, pembanguna­n Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam kalangan rakyat terutama di peringkat sekolah adalah kritikal dalam membuka ruang untuk mereka menerokai pelbagai

Perubahan ekonomi global yang semakin mendadak terutama dalam era digital masa kini memaksa kita (Sarawak) mencari kaedah-kaedah baharu dalam semua aspek pembanguna­n.

inovasi baharu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (SIIDEX) 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, masa depan Sarawak akan lebih terjamin jika generasi muda mempunyai sistem pendidikan yang menggalakk­an mereka menjadi kreatif.

“Apa jenis pelajar yang ingin kita hasilkan? Jika pelajar tidak mempunyai keyakinan diri, mereka akan menjadi lemah.

“Apabila mereka menjadi lemah, negeri kita juga akan menjadi lemah.

“Tetapi jika pelajar sangat kreatif dan sanggup menerima cabaran, maka masa depan kita sudah pasti akan terjamin.

“Inilah sebab mengapa kita mewujudkan Kementeria­n Pendidikan sendiri yang dipanggil Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi di mana kita mahu anak-anak menjadi kreatif pada masa depan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Abang Johari berkata, ia adalah platform untuk generasi muda menghasilk­an inovasi dan teknologi serta galakan untuk mereka berfikiran secara kritikal dan berupaya mencipta sesuatu perkara yang baharu.

“Terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dan Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Sarawak serta agensi lain kerana menganjurk­an acara ini,” katanya.

Seramai 677 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ahli akademik dan penyelidik universiti serta pencipta pengajaran dan pembelajar­an terlibat dalam ekpso itu manakala sebanyak 154 produk inovasi telah dipertandi­ngkan.

Pada pertanding­an sempena ekspo itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong memenangi Anugerah Ketua Menteri SIIDEX 2018 dengan produk inovasi Kit Tenaga Mudah Alih ‘Battearth’.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman dan Timbalan Rektor UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Rasidah Mahdi.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? ZIARAH: Zahid melawat Mortadza di Hospital Umum Sarawak semalam.
ZIARAH: Zahid melawat Mortadza di Hospital Umum Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia