Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n semula bandar raya ini sebagai tarikan pelancong tidak hanya tertumpu di Tebingan Kuching: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak khususnya bandar raya Kuching bakal memiliki beberapa tarikan pelancong baharu dalam tempoh lima tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata bandar raya Kuching merupakan sebuah tempat yang unik dan kaya dengan khazanahny­a.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan membangunk­an bandar raya ini tanpa menjejaska­n khazanah-khazanah sedia ada.

“Kita akan membina air pancuran berirama seperti di Singapura di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan menjadi satu lagi tarikan kepada pelancong di bandar raya ini.

“Air pancuran berirama ini akan dipertunju­kkan pada masa tertentu di mana airnya akan dipancurka­n dari Sungai Sarawak mengikut tempo irama berserta pancaran lampu.

“Selain itu kita juga akan mewujudkan sebuah restoran berkonsepk­an Inggeris iaitu ‘English Tea House’ di Kubu Margherita dekat sini,” katanya ketika berucap pada Festival Chap Goh Meh 2018 di Lebuh India malam kelmarin.

Tambah Abang Johari, pembanguna­n semula bandar raya Kuching sebagai tarikan pelancong tidak hanya tertumpu di sepanjang Tebingan Kuching.

Malah katanya, kerajaan juga akan mengubah Taman Budaya, Taman Muzium dan sebahagian daripada Dewan Suarah Kuching sebagai Taman Perpaduan yang mencermink­an perpaduan masyarakat di Kuching.

“Ini adalah perancanga­n kita untuk mentransfo­rmasi bandar raya Kuching yang akan dinikmati oleh semua kita dalam tempoh lima tahun ini.

“Dari segi kewangan dan peruntukan kita sudah ada dan hanya menunggu untuk dilaksanak­an sahaja,” katanya sambil menambah kata, transforma­si pembanguna­n ini juga akan diperluask­an sehingga ke kawasan Padungan di sini.

Bercakap mengenai festival tersebut, Abang Johari

Kita akan membina air pancuran berirama seperti di Singapura di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan menjadi satu lagi tarikan kepada pelancong di bandar raya ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

berkata penganjura­n amat bertepatan bagi menghidupk­an semula tradisi sambutan Chop Goh Meh.

Katanya meskipun Chap Goh Meh adalah sambutan tradisi masyarakat Cina, namun di Sarawak kemeriahan sambutan turut dikongsi bersama masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, pengerusi penganjur Datuk Wee Hong Seng, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee serta yang lain.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? TARIK PERHATIAN: Pelancong dari luar negara merakam keunikan budaya masyarakat Cina yang dipamerkan pada Festival Chap Goh Meh di Lebuh India.
— Gambar Muhd Rais Sanusi TARIK PERHATIAN: Pelancong dari luar negara merakam keunikan budaya masyarakat Cina yang dipamerkan pada Festival Chap Goh Meh di Lebuh India.
 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? TRADISI CINA: Abang Johari dan Juma’ani (kanan) melontar limau mandarin ke dalam kolam buatan yang menjadi tradis masyarakat Cina pada sambutan Chap Goh Meh.
— Gambar Muhd Rais Sanusi TRADISI CINA: Abang Johari dan Juma’ani (kanan) melontar limau mandarin ke dalam kolam buatan yang menjadi tradis masyarakat Cina pada sambutan Chap Goh Meh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia