Utusan Borneo (Sarawak)

Komposer lagu Iban perlu kreatif berkarya untuk hasil lagu bermutu

- Oleh Frankie Junau

SKRANG: Penyanyi khususnya komposer lagu Iban perlu kreatif dalam berkarya untuk menghasilk­an lagu yang bermutu dan dapat menarik perhatian pelanggan untuk mendengar hasil ciptaan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, hanya karya yang bermutu dan memenuhi selera pendengar dan penggemar lagu Iban dapat memastikan lagu ciptaan mereka dapat dipasarkan seterusnya memberi pulangan kepada syarikat pengeluar, komposer serta penyanyi.

“Ketika ini dengan kebanjiran penyanyi-penyanyi baharu menjadikan dunia hiburan tanah air khususnya di Sarawak semakin meriah dan saban hari ada sahaja promo lagu-lagu baharu.

“Namun begitu, bukan semua lagu dan penyanyi baharu waima yang sudah dianggap otai dapat diterima peminat kerana kadangkala lagu yang dihasilkan tidak bermutu dan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa hingga mengabaika­n kualiti dan cita rasa pendengar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ngetas Ranyai sempena rakaman lagu- lagu Gawai Dayak 2018 bersama penyanyi Kaban Muzik Production (KMP) di Skim Skrang di sini semalam.

Katanya, bukan rahsia lagi bahawa pendengar hari ini sangat cerewet dalam memilih lagu digemari memandangk­an mereka adalah pembeli kepada lagu yang dihasilkan tersebut.

“Justeru sudah tentu mereka hanya memilih lagu yang terbaik untuk wang ringgit yang dilaburkan dan lagu yang dihasilkan pula harus memenuhi cita rasa mereka sebagai pendengar,” katanya.

Tambahnya, ketika ini saingan untuk pasaran DVD dan VCD lagu sangat hebat memandangk­an pendengar sudah ada pilihan lain iaitu mendapatka­n secara percuma dalam YouTube selain cetak rompak.

“Namun saya percaya lagu yang bermutu dan kreatif selain faktor penyanyi yang mempunyai peminat sendiri menjadikan dunia hiburan lagu-lagu Iban tetap diterima peminat,” katanya sambil memberitah­u bahawa beliau kerap mendendang­kan lagulagu Iban ketika suara emas dan lagu tersebut pula tidak lapuk ditelan zaman.

Katanya, komposer dan penyanyi perlu mendengar kritikan yang membina daripada peminat selain membuat kajian mendalam akan sesuatu lagu sebelum ia diubah kepada bentuk lagu agar ia memenuhi cita rasa orang ramai.

“Pelbagaika­n genre muzik dan lirik seiring perkembang­an semasa dan tidak harus tertumpu kepada nada lama kerana hanya muzik bernafas baharu dapat bersaing dalam dunia hiburan yang semakin kompleks,” tegasnya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong menyampaik­an rasa teruja dan terima kasih kepada pihak KMP kerana memilih Skim Skrang sebagai lokasi untuk penggambar­an video klip lagu-lagu Gawai 2018 terbitan syarikat itu.

“Ia secara tidak langsung membantu mempromosi­kan Skim Skrang di mata umum kerana mungkin ada yang belum mengetahui betapa indah dan menariknya penempatan masyarakat Iban di sini yang dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruk­tur walaupun ia terletak di luar bandar,” katanya.

Ia juga katanya, turut membantu menaikkan nama Engkilili yang mahu menjadi daerah kecil baharu di bahagian ini kerana kedudukann­ya yang unik antara Betong, Lubok Antu dan Sri Aman.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut menyampaik­an geran MRP kepada ahli Jawatankua­sa Induk Skim Skrang bernilai RM5,000 sementara produksi KMP mendapat RM8,000.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengurus Besar KMP Jesley Jabu, Ketua KMP Gibson Richard, Penghulu Betuk Tubi, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah DUN Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu, para kaunselor, tuai rumah, artis KMP serta penduduk sekitar Skim Skrang.

 ??  ?? IKHLAS: Dr Rayong menyampaik­an cek kepada Kaunselor Tuai Rumah Bangkong Maweng (tiga kanan) sambil diperhatik­an Betuk (kiri) dan Johnson (dua kanan) pada Majlis Ngetas Ranyai sempena rakaman lagu-lagu Gawai Dayak 2018 bersama penyanyi Kaban Muzik...
IKHLAS: Dr Rayong menyampaik­an cek kepada Kaunselor Tuai Rumah Bangkong Maweng (tiga kanan) sambil diperhatik­an Betuk (kiri) dan Johnson (dua kanan) pada Majlis Ngetas Ranyai sempena rakaman lagu-lagu Gawai Dayak 2018 bersama penyanyi Kaban Muzik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia