Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama erat dan hubungan baik jamin kecemerlan­gan sekolah: Lee

-

MIRI: Kerjasama erat dan hubungan baik antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa pelajar memainkan peranan penting bagi mencapai kecemerlan­gan di sekolah.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia penting untuk memastikan bukan sahaja anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna, malah pembanguna­n serta kemajuan yang dicapai di sesebuah sekolah.

“Tanggungja­wab anakanak di sekolah tidak terletak kepada para guru dan sekolah semata-mata, tetapi ibu bapa juga memainkan peranan mereka bersama pihak sekolah dan guru dalam pembanguna­n anak masing- masing,” katanya.

ADUN Senadin itu berkata demikian pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St Joseph Miri di Kelab Gymkhana Miri, petang kelmarin.

Melihat kehadiran memberangs­angkan itu, Lee memuji usaha dan kerjasama ibu bapa terbabit dalam menyokong serta terlibat dalam aktiviti itu.

Katanya usaha sedemikian perlu dikekalkan dan saling berganding bahu dengan pihak sekolah serta para guru demi pencapaian pelajar dan sekolah.

“Saya juga difahamkan pada AGM ini turut diadakan pemilihan baharu untuk jawatankua­sa PIBG.

“Diharapkan mereka yang dipilih nanti memberikan kerjasama sepenuhnya dan bersatu untuk kemajuan sekolah, di samping bersama meningkatk­an mutu pelajaran yang baik kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Tambah Lee, mereka yang dipilih berkenaan bukan sahaja perlu rela berusaha demi pencapaian pembanguna­n sekolah, malah mempunyai masa untuk berkhidmat dengan pihak sekolah.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Guru Besar SK St Joseph Miri Mariam Menadu Grasi, Pengerusi PIBG Goh Ser Seng dan tetamu lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Lee menerima buah tangan daripada Goh (tujuh kiri), sambil disaksikan Yii (enam kiri), Mariam (tujuh kanan) serta yang lain pada perasmian AGM PIBG SK St Joseph Miri, petang kelmarin.
PENGHARGAA­N: Lee menerima buah tangan daripada Goh (tujuh kiri), sambil disaksikan Yii (enam kiri), Mariam (tujuh kanan) serta yang lain pada perasmian AGM PIBG SK St Joseph Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia